Sila log masuk terlebih dahulu.

[MULTIMEDIA] Masa untuk rakyat memilih!

Senarai lengkap calon kerusi Parlimen dan DUN PRU15.

[MULTIMEDIA] Selesai sudah proses penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada Sabtu.

Kini, giliran rakyat pula untuk memilih calon mana yang layak untuk mewakili suara mereka, terutamanya melibatkan hal-hal berkaitan sosial dan ekonomi.

Berdasarkan kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 1,386 calon daripada pelbagai parti politik termasuk bebas akan merebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada PRU15 ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 945 akan bersaing untuk mendapatkan 222 kerusi Parlimen manakala 434 yang lain akan merebut 116 kerusi DUN di tiga negeri iaitu Perlis, Perak dan Pahang.

Dalam pada itu, seramai tujuh calon pula akan bersaing untuk merebut kerusi DUN Bugaya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan serentak dengan PRU15 pada 19 November ini.

Justeru, pertimbangan yang baik harus dilakukan agar peluang diberikan untuk memilih calon dapat digunakan sebaik mungkin.

Ini kerana pemilihan tersebut secara tidak langsung akan menentukan parti mana yang bakal mentadbir negara bagi tempoh lima tahun.

Disyorkan artikel berkaitan ini: