Sila log masuk terlebih dahulu.

Agenda 5K tawaran Mohd Syahir di Bachok

17 November 2022 08:05am | Masa membaca: 4 minit
Mohd Syahir (kiri) mendapat sokongan penuh mantan penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh yang juga anak bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mohd Syahir (kiri) mendapat sokongan penuh mantan penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh yang juga anak bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.
A
A
A

MOHD Syahir Che Sulaiman, calon Parlimen Bachok daripada Pas, bukanlah orang asing di kawasan itu memandangkan beliau merupakan anak jati Pantai Melawi, sebuah lokasi percutian popular dalam kalangan penduduk di Bachok, Kelantan.

Terpilih sebagai calon baharu, menggantikan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mengundur diri daripada mempertahankan kerusi yang dimenangi beliau pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Mohd Syahir, 39, melihat ia sebagai satu peluang berbakti di tanah kelahiran sendiri.

Ikuti temu bual wartawan Sinar Premium, Liza Mokhtar bersama Mohd Syahir yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat bagi mengetahui lebih lanjut strategi dan aspirasi beliau menawan hati 123,183 pengundi berdaftar di Bachok pada 19 November ini.

SINAR PREMIUM: Apa perkara pertama terlintas di fikiran saudara sebaik mengetahui dipilih mewakili PN bertanding di Parlimen Bachok?

MOHD SYAHIR: Saya menerima perkhabaran telah dipilih oleh pucuk pimpinan Pas sebagai calon untuk bertanding di kerusi Parlimen Bachok hanya seminggu sebelum pengumuman rasmi dibuat dan sejujurnya, perasaan saya ketika itu memang bercampur-baur.

Tanpa berlengah, saya segera menghantar teks pesanan kepada isteri sebelum menghubungi kedua ibu bapa untuk memaklumkan berita tersebut.

Walaupun masih terkejut, saya tetap menguatkan diri kerana telah diajar untuk bersedia menerima arahan parti.

SINAR PREMIUM: Menggalas harapan parti dan para penyokong bagi menawan Parlimen Bachok pada persaingan PRU15 pastinya bukan mudah, adakah saudara berasa dibayangi oleh pengaruh penyandang sebelum ini, Nik Mohamad Abduh?

Disyorkan artikel berkaitan ini:

MOHD SYAHIR: Saya tidak pernah rasa dibayangi oleh pengaruh Nik Mohamad Abduh selaku penyandang kerusi Bachok sebaliknya lebih kepada dipayungi. Ini kerana beliau mengambil tindakan berjiwa besar dan memilih untuk istiqomah bersama parti.

Alhamdulillah, dengan semangat dan sokongan yang ditunjukkan beliau itu sangat membantu penerimaan jentera dan ahli parti terhadap saya di Bachok ini.

Mohd Syahir (kiri) menjanjikan agenda bertindak bersama dikenali sebagai 5K untuk masyarakat di Bachok.
Mohd Syahir (kiri) menjanjikan agenda bertindak bersama dikenali sebagai 5K untuk masyarakat di Bachok.

Semua sedia maklum, kerusi Parlimen Bachok memang secara tradisinya dimenangi oleh Pas, namun margin kemenangan (majoriti) tidak sebesar berbanding kawasan lain di Kelantan dan sudah semestinya dengan pertandingan lima penjuru pada PRU15 kali ini akan menambah lagi cabaran.

SINAR PREMIUM: Apa kelebihan membezakan saudara daripada empat lagi calon parti lawan yang turut sama akan bertanding pada 19 November ini?

MOHD SYAHIR: Pada pandangan saya, kita tidak boleh memandang rendah kerana semua calon bertanding pasti mempunyai strategi dan akan mengemukakan tawaran, pendekatan dan penyelesaian kepada permasalahan masyarakat di Bachok.

SINAR PREMIUM: Pada pandangan Mohd Syahir, lawan mana yang akan memberi persaingan paling sengit dan mengapa?

MOHD SYAHIR: Tidak dinafikan di Kelantan atau Bachok khususnya, memang pengaruh Barisan Nasional (BN) masih boleh dikatakan agak kuat di beberapa kawasan. PRU14 menyaksikan Pas menang dengan majoriti agak selesa di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) - Tawang, Pantai Irama dan Jelawat. Bagaimanapun di peringkat Parlimen, Pas hanya menguasai undi dari dua DUN manakala satu lagi DUN menyaksikan Pas ketinggalan dengan calon BN.

SINAR PREMIUM: Boleh kongsikan apa yang bakal Mohd Syahir perjuangkan untuk masyarakat di Bachok pada PRU15 kali ini?

MOHD SYAHIR: Sebagai anak Bachok yang melihat turun naik perkembangannya dari kecil hingga sekarang, saya tidak mengajukan tawaran manifesto, sebaliknya saya meletakkan agenda bertindak bersama dikenali sebagai 5K untuk diperjuangkan demi kepentingan masyarakat di Bachok.

Pertama, kefahaman agama yang merupakan kunci utama keberkatan dan kejayaan untuk penduduk Bachok. Keduanya, kecemerlangan akademik, penduduk Bachok ramai bijak pandai dan kita akan memastikan tiada yang keciciran dalam pelajaran.

Ketiga, keusahawanan desa dan belia, kerana kita melihat potensi besar dalam bidang keusahawanan di peringkat desa terutama dalam kalangan generasi muda.

Mohd Syahir beramah mesra bersama masyarakat sekitar DUN Pantai Irama yang turut dihadiri Nik Mohamad Abduh.
Mohd Syahir beramah mesra bersama masyarakat sekitar DUN Pantai Irama yang turut dihadiri Nik Mohamad Abduh.

Keempat, keberhasilan pertanian, bersesuaian dengan Bachok yang mempunyai banyak kawasan pertanian subur, kita akan cuba melaksanakan usaha mempertingkatkan output pertanian tanaman selain perikanan.

Kelima, keunikan pelancongan, diketahui Bachok mempunyai banyak destinasi menarik seperti Pantai Irama dan Pantai Melawi, ini belum termasuk banyak lagi hidden treasure lain seperti seni warisan dan seni kraftangan.

SINAR PREMIUM: Apa perkara pertama yang akan saudara laksanakan sekiranya berjaya memenangi kerusi Parlimen Bachok?

MOHD SYAHIR: Jika perjuangan ini berjaya, sudah semestinya saya harus membalas jasa sebagai tanda menzahirkan terima kasih kepada keluarga, para pengundi dan semua ‘keluarga besar’ di Bachok tidak kira di mana berada, dari pantai hingga ke gunung.


Lima fakta menarik mengenai Mohd Syahir

1. Hafiz al-Quran 30 juzuk pada usia 10 tahun

2. Pernah belajar pondok selepas SPM dan ketika cuti semester universiti

3. Pertama kali mengembara luar negara bersama Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 2012 ke Istanbul, Turki

4. Gemar menonton filem animasi

5. Kalau makan, jarang menambah


Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Langkah positif lonjakkan semula CPI Malaysia
  2. Malaysia wajar contohi mekanisme Indonesia
  3. Kerajaan Perpaduan akan laksana reformasi institusi
  4. Antara reformasi dan nepotisme
  5. Azam Baki kurang setuju, tapi terbuka cadangan reformasi SPRM