Sila log masuk terlebih dahulu.

Muhyiddin paling hampir jadi PM10 berbanding Anwar?
Artikel percuma

20 November 2022 02:07am | Masa membaca: 4 minit
MUHYIDDIN
MUHYIDDIN
A
A
A

SHAH ALAM - Kejayaan luar biasa Perikatan Nasional (PN) memenangi lebih 60 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secara tidak rasmi, membawa kemungkinan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin paling hampir dinobatkan sebagai Perdana Menteri baharu berbanding Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, hal ini kerana PN disokong kuat Pas dilihat lebih berpeluang membentuk kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pasca PRU15 berbanding koalisi pembangkang diterajui Anwar.

Jelas beliau, GPS yang menang 22 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak setakat ini mempunyai kesukaran untuk menerima DAP yang menjadi sebahagian daripada PH berbanding Pas, meskipun ideologi keagamaan Pas yang ekstrem turut menyebabkan koalisi itu tidak begitu selesa dengan parti berkenaan.

CHARLES
CHARLES

"Atas kertas, PH sememangnya mempunyai kerusi Parlimen terbanyak berbanding parti-parti lain meskipun PN bersama Pas mengekori rapat dari belakang.

"Bagaimanapun, apabila pengundi Melayu sudah tidak percaya kepada UMNO-BN dengan mereka lebih mempercayai PN dan Pas, situasi ketika ini adalah Parlimen tergantung di mana satu kerajaan campuran bakal ditubuhkan.

"Namun, saya berpandangan Muhyiddin lebih berpeluang menjadi Perdana Menteri ke-10 berbanding Anwar kerana parti-parti lokal Sabah dan Sarawak dilihat lebih selesa untuk bekerjasama dengan beliau membentuk kerajaan campuran berbanding PH.

"Menilai keadaan BN, parti itu tidak mempunyai pilihan lain selain menerima kerjasama PN sekiranya mereka masih mahu berada dalam kerajaan baharu kelak," jelasnya kepada Sinar Premium.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Beliau berkata demikian bagi mengulas prestasi mengejut PN dan Pas yang menyapu bersih hampir keseluruhan kerusi Parlimen di negeri Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Selain itu, PN turut mencipta kejutan memenangi banyak kerusi Parlimen di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Perak pada PRU15.

Setakat jam 12.15 malam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PH mendahului jumlah perolehan kerusi Parlimen pada PRU15 sebanyak 28 kerusi, diikuti GPS (20 kerusi), Pas (18 kerusi), PN (17 kerusi), BN (16 kerusi), GRS-BN (8 kerusi), DAP (empat kerusi), Parti Warisan (2 kerusi), Ikatan Demokratik Muda (satu kerusi) dan Parti Bangsa Malaysia (satu kerusi).

ANWAR
ANWAR

Jelas Charles, sekiranya keputusan rasmi pada Ahad menunjukkan tiada parti melepasi garisan 112 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan secara persendirian, Yang di-Pertuan Agong kebiasaannya akan mengikut amalan konvensyen negara-negara Komanwel dengan memanggil ketiga-tiga koalisi yang mendapat jumlah kerusi Parlimen terbanyak, bagi memberi ruang mereka berbincang membentuk kerajaan perpaduan.

Veteran DAP itu turut membayangkan Yang di-Pertuan Agong akan memberikan satu tempoh masa bersesuaian untuk mereka berunding, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan rundingan itu mungkin tidak akan kesampaian susulan ketiga-tiga koalisi berbeza ideologi dan persepsi di antara mereka.

"Justeru, senario kedua pembentukan kerajaan baharu boleh berlaku adalah dengan parti paling dominan iaitu PH dan PN berusaha meraih sokongan koalisi parti lain bagi mencukupkan angka melebihi 112 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

"Jika PH mampu memenangi lebih 90 kerusi, peluang koalisi itu untuk membentuk kerajaan baharu dengan GRS-BN mahu pun BN di semenanjung Malaysia mungkin lebih realistik berbanding mendapat sokongan GPS.

"Namun, sebagaimana saya jelaskan, pengalaman Muhyiddin pernah membentuk koalisi PN bersama GPS dan GRS-BN sewaktu pentadbiran kerajaan PN dilihat memberi kelebihan kepada koalisi itu diumumkan kerajaan baharu dengan beliau kembali ditabalkan Perdana Menteri buat kali kedua," tegasnya.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan