[MULTIMEDIA] DIANGGARKAN, lebih kurang 70 peratus atau 14.8 juta pengundi telah memilih calon masing-masing dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada Sabtu.
Hasilnya, nama-nama calon yang tersenarai di bawah ini telah dipilih bagi mewakili pengundi terbabit mengikut kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun.
Senarai ini merangkumi wakil rakyat melibatkan 222 kerusi Parlimen di seluruh negara yang dipertandingkan pada PRU15.
Bagaimanapun, senarai tidak termasuk kerusi dari dua kawasan iaitu Padang Serai di Kedah yang ditangguhkan proses pengundiannya susulan kematian salah seorang calonnya dan Baram di Sarawak yang digantung proses pengundiannya susulan masalah cuaca.
Selain itu, senarai turut melibatkan sekali wakil rakyat dari 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Perak, Pahang serta DUN Bugaya di Sabah.
Senarai juga tidak termasuk kerusi DUN Tioman di Pahang yang ditangguhkan pengundiannya susulan kematian salah seorang calon bertanding.