Sila log masuk terlebih dahulu.

'Lebih baik kawan dengan musuh nyata daripada kawan tikam belakang'

22 November 2022 09:55pm | Masa membaca: 4 minit
Saarani mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada Isnin.
Saarani mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Lebih baik UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perak berkawan dengan 'musuh nyata' iaitu Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri baharu daripada percaya kepada 'kawan bersikap tikam belakang' seperti Pas dan Perikatan Nasional (PN).

Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, di sebalik kecaman teruk diterima pemimpin BN termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad susulan keputusan koalisi itu bekerjasama dengan PH membentuk kerajaan perpaduan, beliau berpendapat majoriti rakyat Perak lebih menilai situasi politik semasa berasaskan emosi.

Jelas beliau, majoriti rakyat negeri ini perlu menyedari kerajaan negeri tertubuh pada Selasa sebenarnya bukan kerajaan DAP, sebaliknya kerajaan perpaduan diketuai oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN sebagai Menteri Besar.

"Perlu dijelaskan dengan BN Perak hanya memenangi sembilan kerusi DUN, kami dirayu oleh PH yang ikhlas menawarkan jawatan Menteri Besar dan tiga Exco bagi membolehkan kerajaan baharu negeri ditubuhkan.

"Hakikatnya selepas BN kalah di Perak, kami secara rasional sudah bersedia menjadi pembangkang tidak mahu pun berkawan dengan sesiapa.

"Namun, bila musuh politik kita sendiri membuat tawaran baik selain bersetuju dengan syarat-syarat ketat BN untuk mengadakan kerjasama politik, takkan kita hendak tolak?

"Bagi saya, kerjasama dengan PH juga merupakan strategi BN untuk mendepani dinamik politik berbeza pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Lagipun saya berpegang prinsip lebih baik kita kawan dengan musuh nyata daripada percaya pada kawan tikam belakang," katanya kepada Sinar Premium pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pembentukan kerajaan negeri perpaduan di antara PH dan BN yang bersetuju menjalin kerjasama selepas masing-masing mendapat 24 serta sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU15 manakala PN (26 kerusi).

Disyorkan artikel berkaitan ini:

DR AZHAR
DR AZHAR

Pada Isnin, ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-14 penggal baharu di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Berikutan itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan keputusan UMNO untuk menubuhkan kerajaan bersama PH di Perak adalah resipi untuk bencana.

Ujarnya, tindakan itu mengesahkan cakap-cakap sebelum pilihan raya bahawa pemimpin UMNO sedang mengusahakan suatu bentuk jajaran baharu dengan PH semata-mata untuk kekal berkuasa.

Keputusan kerjasama BN-PN itu turut mencetuskan kemarahan sebilangan besar penyokong kedua-dua parti berkenaan terutamanya masyarakat Melayu yang meluahkan kekecewaan mereka terhadap pemimpin UMNO yang dikatakan sanggup menerima kerjasama politik dengan DAP.

Mengulas lanjut, Azhar turut mengajak masyarakat Melayu di Perak supaya memahami dinamika perjuangan politik dalam landskap politik berbeza pada ketika ini memerlukan semua pihak memiliki pola pemikiran baharu.

Jelasnya, pihaknya memahami perasaan marah penyokong-penyokong tegar UMNO dan BN yang mungkin tidak dapat menerima kerjasama politik parti itu dengan PH, bagaimanapun kelompok itu sebenarnya belum mendapat penjelasan tuntas daripada pucuk kepimpinan BN Perak.

"Saya memahami penyokong-penyokong tegar BN mungkin tidak boleh menerima keputusan gabungan kerajaan BN-PH...Saya pun pada mulanya tidak berapa setuju kerana sikap PH sebelum ini yang mengecilkan hati kita.

"Tetapi setelah saya menganalisis strategi masa hadapan BN mendepani PRU akan datang sekiranya bersama PH, kita lebih mempunyai peluang untuk menguasai semula kerusi pilihan raya majoriti Melayu berbanding bersama PN dan Pas.

"Lagipun BN sudah menetapkan satu perjanjian dengan PH dan DAP untuk mengelakkan mereka tikam belakang dan cuba besar kepala dengan sebarang tuntutan bukan-bukan. "Penyokong-penyokong tegar BN perlukan penjelasan dan kita akan lakukannya," katanya.

Barisan Pimpinan Kerajaan Negeri Perak yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang dilantik di Istana Iskandariah, pada Selasa.
Barisan Pimpinan Kerajaan Negeri Perak yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang dilantik di Istana Iskandariah, pada Selasa.

Azhar turut memberi jaminan kerajaan BN-PH akan lebih stabil dan efektif berbanding kerajaan PH sewaktu dipimpin Ahmad Faizal selaku Menteri Besar ketika itu.

"Peja (Ahmad Faizal) dapat jadi Menteri Besar sewaktu parti-parti dalam PH ketika itu berebut jawatan tertinggi kerajaan negeri itu sesama mereka setiap masa.

"Kali ini, PH merayu kepada BN untuk bergabung menjadi kerajaan dengan tawaran jawatan Menteri Besar sememangnya disediakan khas untuk BN. "Jadi tiada unsur perebutan jawatan MB dan keterangkuman agihan jawatan Exco Kerajaan Negeri turut melambangkan komposisi kaum di Perak," ujarnya.

Azhar turut menganggap PN dan Pas sebagai 'kawan tikam belakang' susulan koalisi itu pernah beberapa kali ditipu oleh Pas sewaktu rundingan pembentukan kerajaan campuran negeri Perak selepas PRU14.

"Saya masih ingat apabila BN memperolehi 27 kerusi DUN dan memerlukan tiga kerusi DUN dimenang Pas selepas PRU14 untuk membentuk kerajaan negeri, Pas pada mulanya sudah menyatakan persetujuan dengan kami bersetuju memberikan jawatan tiga Exco Kanan kepada mereka.

"Bagaimanapun, Pas kemudiannya telah menipu pada saat akhir dan menyebabkan kerajaan PH dipimpin Peja terbentuk.

"PN dan Pas tidak layak untuk mengkritik BN mengenai soal perpaduan, kesetiaan, tolak ansur dan integriti kerana koalisi berkenaan selalu mungkir janji pada saat akhir," ka

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Ismail Sabri dakwa MKT UMNO laksana hukuman pilih kasih
  2. Tali leher dan birokrasi
  3. Jikalau betul-betul bersih...
  4. Mogok mega landa Britain, terbesar sejak 2011
  5. Pilih kasih dalam isu dana politik