Sila log masuk terlebih dahulu.

Masyarakat 'celik demokrasi'

26 November 2022 08:55am | Masa membaca: 4 minit
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

DALAM tempoh enam hari selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dunia politik di Malaysia masih merasai gelombang tsunami Melayu yang berulang-alik, daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) Perak sehingga ke seberang laut - Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Antara spekulasi yang didengar dan paling tidak disangka ialah kingmaker PRU15 – BN yang diberi amanat penting untuk memilih kerajaan.

Dalam gelora drama dunia politik kali ini, banyak berasakan kestabilan politik negara tergugat terutama bagi warga emas yang telah hidup dengan BN seumur hidup mereka.

PRU15 boleh dikatakan meresahkan kerana ia adalah PRU pertama yang menyaksikan situasi Parlimen tergantung.

Namun, dalam konteks sedunia sedang mengalami kesan daripada perang Ukraine-Rusia yang masih berterusan, perubahan iklim dan kadar inflasi semakin meningkat, keadaan politik di Malaysia sebenarnya stabil kerana jentera kerajaan masih berfungsi.

Situasi Malaysia tidak seperti Afghanistan yang dihimpit krisis ekonomi atau Lebanon, dengan ketidakstabilan politik berlanjutan sejak perang sivil di negara itu berakhir pada 1990.

Penjawat awam di Malaysia bekerja seperti biasa, kadar inflasi selama sebulan ini masih terkawal dan tiada protes besar-besaran.

Rakyat perlu membiasakan diri dengan situasi politik sebegini kerana Parlimen tergantung adalah salah satu fasa pematangan demokrasi.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Parlimen tergantung merupakan fenomena biasa di negara-negara Eropah. Malah, Belgium mempunyai Parlimen tergantung selama 589 hari sebelum kerajaan gabungan terdiri daripada tujuh parti politik menubuhkan kabinet pada 2020.

Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, dua pertiga daripada 17 negara Eropah Barat ditadbir oleh kabinet gabungan.

Daripada satu pertiga kerajaan satu parti, hanya 13 peratus merupakan kerajaan satu parti majoriti dan United Kingdom salah satu negara itu.

Pilihan raya UK pada 2017 mendapat keputusan Parlimen tergantung di bawah pentadbiran Theresa May dan ia merupakan Parlimen tergantung yang keenam sejak awal 1900.

Berbanding Jerman yang mempunyai 20 Parlimen tergantung sejak pilihan raya 1949, situasi Parlimen di UK boleh dikatakan luar biasa.

Lebih-lebih lagi di Malaysia, Parlimen kita yang berasakan sistem Westminster UK, konsep Parlimen tergantung amat baharu untuk rakyat.

Namun, perebutan kuasa beberapa penjuru harus dianggap sebagai norma biasa.

Rakyat patut rasa bangga kerana ia adalah bukti landskap politik Malaysia dinamik dan perkembangan demokrasi yang matang.

PRU14 yang dianggap sebagai ibu segala PRU sebenarnya titik permulaan berakhirnya dominasi BN dan benih percambahan kepada kemunculan blok politik - PH, Perikatan Nasional (PN) dan BN.

Selepas PRU15, rakyat jelata akan diuji pemikiran kritisnya setiap kali PRU diadakan.

Jajaran kerjasama politik yang bertukar akan menjadi norma baharu seperti pembelajaran atas talian telah menjadi kebiasaan ketika pasca pandemik Covid-19.

Dalam kerajaan perpaduan baharu ini, ahli-ahli Parlimen akan diuji kepakaran rundingan seperti Memorandum Persefahaman (MoU) yang dirunding BN, PH dan PN sebelum ini.

Sejarah dicipta pada masa itu kerana untuk julung kalinya akta larangan merokok yang dikemukakan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak mencapai kata sepakat di Parlimen dan dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas yang diketuai oleh seorang ahli Parlimen pembangkang (PH).

Ia adalah norma baharu daripada sidang Parlimen dahulu, dengan pihak pembangkang tidak pernah terlibat dalam penggubalan, pembentangan dan penglulusan dasar.

Peralihan kepada masyarakat celik demokrasi adalah satu fasa yang perit tetapi proses tersebut perlu dilalui supaya kita dapat memperoleh kestabilan politik bertunjangkan kematangan demokrasi rundingan.

* Christine Cheah ialah seorang pemudi yang ingin mengangkat martabat wanita dalam kalangan masyarakat.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Menu Rahmah dan 'sayur omega'
  2. Mari bersahabat dengan hati nurani
  3. Gelombang hijau sukar disekat
  4. Gempa bumi: 'Lari keluar, kemudian naik semula lihat pesakit'
  5. Bukan soal salah guna kuasa