Sila log masuk terlebih dahulu.

PN ada peluang rebut DUN Tioman
Artikel percuma

06 Disember 2022 07:00am | Masa membaca: 4 minit
Calon yang akan bertanding bagi DUN Tioman, (dari kiri) Nor Idayu (PN), Osman (Pejuang), calon PH, Mohd Fadzli yang hanya menghantar wakil Manan Muhamad (tengah), Mohd Johari (BN) dan Sulaiman (Bebas) sewaktu hari penamaan pada 24 November lalu.
Calon yang akan bertanding bagi DUN Tioman, (dari kiri) Nor Idayu (PN), Osman (Pejuang), calon PH, Mohd Fadzli yang hanya menghantar wakil Manan Muhamad (tengah), Mohd Johari (BN) dan Sulaiman (Bebas) sewaktu hari penamaan pada 24 November lalu.
A
A
A

HARI pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada 7 Disember ini menjadi perhatian dan keputusannya sudah pasti ditunggu-tunggu semua pihak.

Selepas hari penamaan calon pada 24 November lalu, calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim, 35, dijangka mempunyai peluang cerah memenangi kerusi itu dengan mengambil kira gelombang kebangkitan PN apabila berjaya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 17 kerusi DUN di Pahang.

Mohd Johari dan Nor Idayu berdepan saingan sengit merebut kerusi DUN Tioman dan keputusannya akan diketahui selepas hari mengundi pada Rabu ini.
Mohd Johari dan Nor Idayu berdepan saingan sengit merebut kerusi DUN Tioman dan keputusannya akan diketahui selepas hari mengundi pada Rabu ini.

BN juga dikejutkan apabila terlepas kerusi Parlimen Rompin dan DUN Bukit Ibam ke tangan PN.

Berdasarkan keputusan bagi Parlimen Rompin pada PRU15 lalu, majoriti pengundi memihak kepada calon PN, Datuk Abdul Khalib Abdullah yang memperoleh 31,589 undi dan menang dengan majoriti 1,438 undi menewaskan penyandang daripada BN, Datuk Seri Hasan Arifin (30,151 undi) manakala calon PH, Erman Shah Jaios daripada Pakatan Harapan (PH) dan calon Bebas, Hamizi Hussain hilang deposit.

Bagaimanapun, perkembangan semasa politik negara dan negeri Pahang dijangka turut mengubah naratif di DUN Tioman.

Gabungan BN dan PH dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilihat akan mempengaruhi keputusan pengundi di DUN Tioman.

Dijangkakan berlaku dua kemungkinan sama ada keputusan itu tepat dan memihak kepada BN untuk mempertahankan kerusi DUN Tioman, atau berlaku lebih penolakan undi Melayu yang bakal memberi kelebihan kepada PN.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Keputusan PH memberi laluan kepada calon BN yang diumumkan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli baru-baru ini belum cukup untuk menjamin kemenangan BN di kerusi berkenaan.

Jangkaan itu disandarkan kepada jumlah undi yang diperoleh calon PH bagi Kerusi Parlimen Rompin hanya 4,779 undi, angka itu agak kecil.

Justeru, peluang BN untuk mempertahankan kerusi DUN Tioman dilihat tidak begitu mudah sekiranya sentimen undi Melayu tetap menolak kerjasama dua parti yang sebelum ini pernah menjadi ‘musuh utama’.

UNDI LUAR DAN IMPAK PENGUNDIAN

Pada masa yang sama, beberapa faktor lain juga perlu diambil kira, antaranya undi luar dan impak pengundian pada hari bekerja yang turut mempengaruhi peluang calon bertanding.

Ada kemungkinan ramai pengundi luar terutama pengundi muda tidak dapat pulang dan jika situasi ini berlaku, sudah tentu ia memberikan sedikit kelebihan kepada BN.

Mungkin ada pengundi luar memilih tidak pulang mengundi kerana hilang semangat dengan situasi politik semasa atau berpandangan undi mereka tidak akan mengubah apa-apa kerana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang telah pun terbentuk.

Bagaimana pun ada satu lagi faktor penting yang sudah tentu memihak kepada BN dan mungkin boleh mengubah arah undi pengundi di DUN Tioman.

Ketika ini kerajaan negeri telah pun dibentuk manakala 10 barisan Exco juga telah mengangkat sumpah di Istana Abu Bakar, Pekan pada 2 Disember lalu.

Wan Rosdy yang sekali lagi dilantik sebagai Menteri Besar Pahang telah memberi perhatian terhadap beberapa isu yang dihadapi penduduk di sekitar Rompin khusus dalam kawasan DUN Tioman termasuk masalah bekalan air dan isu tambang feri bagi penduduk Pulau Tioman.

Beliau sebelum ini menjelaskan kerajaan negeri memperuntukkan RM103.8 juta bagi pelaksanaan tujuh projek mengatasi masalah bekalan air bersih di kawasan itu.

Dua daripada tujuh projek itu sudah siap dilaksanakan iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sepayang bagi meningkatkan tekanan air, bulan lalu dan projek membekal air terawat di Kampung Merlak, pada April lalu manakala lima lagi dalam proses prapembinaan.

Kerajaan negeri juga bersetuju untuk mengurangkan tambang feri ke Pulau Tioman sebanyak 60 peratus kepada RM20 berbanding kadar semasa kini RM50 seorang.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri terpaksa menanggung subsidi RM500,000,

UMPAN

Biarpun bagi pandangan sesetengah pihak langkah kerajaan negeri itu sebagai ‘umpan pilihan raya’ namun bagi pengundi itulah yang mereka harapkan daripada kerajaan negeri.

PRU15 DUN Tioman menyaksikan saingan sengit antara penyandang dari BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain dan calon PN dari Pas, Nor Idayu.

Turut mencuba nasib calon dari Pejuang, Osman A Bakar dan calon Bebas, Sulaiman Bakar, manakala calon PH, Mohd Fadzli Mohd Ramly memberi laluan kepada calon BN.

Mohd Fadzli
Mohd Fadzli

PRU15 DUN Tioman yang sepatutnya berlangsung pada 19 November lalu ditangguhkan selepas calon PN, Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada pagi hari pengundian, dipercayai akibat serangan jantung.

Pada PRU14, Mohd Johari menang dengan majoriti 1,280 undi menewaskan Md Yunus Ramli (Pas) yang memperoleh 5,382 undi, calon PKR Sazili Mohd Nor (3,029 undi) manakala calon Bebas, Imam Zul hilang deposit selepas hanya mendapat 58 undi.

No Image Caption

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan