Sila log masuk terlebih dahulu.

Bersatu tidak tolak kemungkinan bawa kes ke mahkamah

12 Disember 2022 08:45am | Masa membaca: 4 minit
Datuk Wan Saiful Wan Jan
Datuk Wan Saiful Wan Jan
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menolak kemungkinan akan membawa kes empat ahli Parlimen mereka di Sabah yang keluar parti ke mahkamah.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pihaknya sedang meneliti implikasi tindakan meninggalkan parti dari segi perundangan.

Menurut beliau, Naib Presiden parti, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah diamanahkan untuk mengadakan perbincangan dan mengkaji langkah susulan perlu diambil.

“Di peringkat pusat, kita sudah meminta agar Ronald bersama Ahmad Faizal untuk segera mengambil tindakan sesuai bagi memastikan Bersatu di Sabah dapat disusun semula.

“Kita juga sedang meneliti implikasi dari segi perundangan kerana ada juga sesetengah pihak yang turut memberi pandangan. Misalnya, Timbalan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Darell Leiking menyebut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mungkin telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa mungkin ada kesan daripada undang-undang anti lompat parti. Jadi pandangan sebegini adalah perkara yang perlu dikaji,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti berkuat kuasa pada 5 Oktober 2022.

Sekiranya isu empat ahli Parlimen ini dibawa ke mahkamah, ia merupakan kes pertama berkaitan akta lompat parti selepas ia dikuat kuasakan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Sementara itu, Wan Saiful berkata, penyusunan semula penstrukturan jawatan dalam parti itu di Sabah akan dilaksanakan berdasarkan situasi semasa.

“Berdasarkan perlembagaan parti, jika ketua bahagian keluar, timbalan akan memangku. Sekiranya timbalan keluar, naib akan memangku. Kita ada peraturan dalam perlembagaan. Jadi, struktur parti tidak menjadi masalah, yang perlu dibuat ialah urusan pentadbiran sahaja.

“Berdasarkan input yang kita dapat dalam kalangan pemimpin Bersatu Sabah, tidak semuanya keluar. Ramai juga yang ingin kekal. Jadi saya rasa kita perlu buat penyusunan semula berdasarkan situasi semasa,” jelasnya.

Beliau turut menyerahkan kepada rakyat Sabah untuk membuat penilaian terhadap tindakan yang dilakukan oleh ahli-ahli Parlimen yang mengisytiharkan keluar parti.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Guna logo bulan tingkat gelombang hijau di Kelantan, Terengganu
  2. Nilai akademik pengalaman kerja
  3. Waktu membangun negara
  4. Mengawasi GLC jadi keutamaan
  5. Politik berasaskan sentimen