Sila log masuk terlebih dahulu.

LA tidak seindah yang disangka

14 Disember 2022 09:00am | Masa membaca: 4 minit
Khemah-khemah didirikan sepanjang kawasan kaki lima di Skid Row yang selama ini dianggap sebagai pusat gelandangan di LA.
Khemah-khemah didirikan sepanjang kawasan kaki lima di Skid Row yang selama ini dianggap sebagai pusat gelandangan di LA.
A
A
A

SACRAMENTO - Los Angeles (LA) adalah salah satu daripada bandar raya terkenal di dunia.

Bandar kedua terbesar dan terpadat di Amerika Syarikat (AS) yang terkenal dengan julukan 'City of Angels' ini merupakan pusat perniagaan dan perdagangan global.

Bukan itu sahaja, ia juga menjadi tumpuan selebriti ternama antaranya Johnny Depp, Katy Perry, Drake serta Adele yang memilih LA sebagai kota kediaman mereka kerana di situlah terletaknya Hollywood yang merupakan hab utama industri hiburan dan perfileman AS.

Namun, siapa menyangka di sebalik megahnya LA, ia menyimpan sisi gelap apabila bandar itu menjadi tumpuan golongan gelandangan.

Gelandangan di mana-mana

LA tersenarai sebagai bandar raya yang memiliki jumlah kehadiran gelandangan tertinggi di dunia dan sehingga kini masalah itu umpama tiada penghujung.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Gelandangan LA County pada tahun ini, terdapat seramai 69,144 gelandangan berkeliaran di serata pelosok bandar metropolitan itu.

Angka tersebut meningkat 4.1 peratus berbanding jumlah yang direkodkan pada 2020 (66,436 orang).

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Kawasan pinggir bandar di LA dipenuhi oleh golongan gelandangan yang mendiami kawasan terbuka.
Kawasan pinggir bandar di LA dipenuhi oleh golongan gelandangan yang mendiami kawasan terbuka.

Apa yang lebih mengejutkan, separuh atau 51,000 daripada gelandangan di LA adalah terdiri daripada golongan pelajar dan mahasiswa yang tidak memiliki tempat tinggal stabil atau terpaksa menumpang di rumah-rumah kebajikan.

Khemah-khemah dengan kebanyakannya berukuran 2X2 meter didirikan di sepanjang kaki lima atau pinggir jalan bukan lagi pemandangan biasa di LA.

Malah, kawasan Downtown yang dipenuhi pusat beli-belah dan bangunan pencakar langit turut menunjukkan tanda-tanda kehadiran gelandangan.

Pakar percaya kebanjiran gelandangan di LA yang pernah dinobatkan sebagai bandar raya termahal ke-10 dunia didorong oleh faktor ekonomi, sosial dan budaya.

Kos hidup punca segala masalah

Seperti diketahui umum, kos sara hidup dan perumahan adalah antara faktor utama menyumbang kepada peningkatan jumlah gelandangan di LA.

Bukan itu sahaja, kadar sewa yang mahal turut menyukarkan golongan berpendapatan rendah untuk mencari kediaman selesa sehingga memaksa mereka tidur di khemah atau kenderaan rekreasi (RV) yang usang.

Tekanan hidup di LA menyebabkan kebanyakan daripada mereka mengalami masalah mental atau terlibat dalam penyalahgunaan najis dadah.

Bagi kadar sewa, kebanyakan tuan rumah meletakkan harga AS$765 (RM3,388) sebulan sedangkan perbelanjaan untuk pengangkutan awam dan petrol adalah 55 peratus lebih tinggi berbanding bandar-bandar lain di AS.

Kos sara hidup di LA menelan belanja sehingga AS$1,530 (RM6,777) sebulan.

Darurat

Datuk Bandar LA yang mengangkat sumpah jawatan pada Ahad lalu, Karen Bass memulakan tugas pertamanya dengan mengisytiharkan darurat berikutan peningkatan jumlah gelandangan yang kronik di bandar raya itu.

“Saya tidak akan menerima krisis kehilangan tempat tinggal yang melanda lebih 40,000 individu dan memberi kesan kepada setiap daripada kita.

“Mandat saya adalah untuk menggerakkan Los Angeles ke arah baharu dengan pendekatan segera dan strategik untuk menyelesaikan salah satu cabaran paling sukar di bandar ini,” kata beliau.

Masalah gelandangan dianggap epidemik 
dan telah sekian lama menghantui LA.
Masalah gelandangan dianggap epidemik dan telah sekian lama menghantui LA.

Bass, wanita pertama yang menerajui pentadbiran bandar itu, menandatangani deklarasi darurat di dalam bilik yang ditetapkan sebagai Pusat Tindak Balas Gelandangan Bersatu.

“Menggunakan perintah darurat adalah keupayaan kami untuk mempercepat proses,” jelasnya.

Dalam beberapa hari akan datang, beliau dijangka menandatangani beberapa siri perintah eksekutif yang menyasarkan gelandangan, menjanjikan pendekatan agresif untuk menyediakan perumahan sementara dengan memajak pangsapuri dan bilik motel.

LA bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada 2028 dengan pemerhati berpendapat bahawa pegawai bandar akan menumpukan usaha membersihkan kaki lima yang 'dihiasi' deretan khemah lusuh yang terletak hanya beberapa meter dari butik mewah dan rumah bernilai berjuta-juta dolar. - AFP

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Formula 'segar' untuk UMNO
  2. Rahsia teknologi dalam ibadah puasa
  3. Menangani isu-isu dana politik
  4. Muda tidak cukup bagus buat PH?
  5. 'Penjara 30 tahun lebih baik'