Sila log masuk terlebih dahulu.

MoU ikat ahli Parlimen sah, ambil semangat Akta Anti Lompat Parti

17 Disember 2022 08:33pm | Masa membaca: 4 minit
MoU mengukuhkan sokongan Kerajaan Perpaduan Malaysia adalah sah di sisi undang-undang dan mengambil kira semangat pindaan Akta Anti Lompat Parti. Gambar kecil: Dr Nisar Mohammad Ahmad
MoU mengukuhkan sokongan Kerajaan Perpaduan Malaysia adalah sah di sisi undang-undang dan mengambil kira semangat pindaan Akta Anti Lompat Parti. Gambar kecil: Dr Nisar Mohammad Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Perjanjian (MoU) Permuafakatan Antara Gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia yang mengikat ahli-ahli Parlimen blok kerajaan adalah sah dari sudut perundangan kerana ia mengambil semangat pindaan Akta Anti Lompat Parti.

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Nisar Mohammad Ahmad berkata, apabila pindaan Akta Anti Lompat Parti atau dikenali Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) dikuatkuasakan pada 5 Oktober lalu, ia secara tidak langsung memastikan ahli-ahli Parlimen akur mengikut segala keputusan ditetapkan ketua parti selagi mana ia tidak bercanggah dengan hak mereka.

Berikutan itu, beliau berpandangan dakwaan klausa 4 MoU yang mewajibkan ahli-ahli Parlimen blok kerajaan menyokong kerajaan adalah satu bentuk tindakan diktator, sebenarnya tidak berbangkit.

"Klausa 4 perjanjian MoU itu sebenarnya bertujuan memastikan semua parti menyokong kerajaan bergerak secara kolektif, sekali gus perkara itu seiringi dengan semangat pindaan Akta Anti Lompat Parti yang dikuatkuasakan pada Oktober lalu.

"Dalam bahasa mudah, MoU mengukuhkan Kerajaan Perpaduan Malaysia ini sebenarnya merupakan satu bentuk formaliti sokongan ahli-ahli Parlimen blok kerajaan secara en bloc dan bukan secara individu.

"Jadi, MoU itu sememangnya satu dokumentasi bertulis yang mengikat ahli-ahli Parlimen blok kerajaan secara perundangan," ujarnya kepada Sinar Premium pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas inti pati MoU mengukuhkan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang ditandatangani empat gabungan politik iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan satu parti politik iaitu Parti Warisan (Warisan).

Perkara itu dimeterai melalui satu majlis khas di bangunan Perdana Putra, pada petang Jumaat.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

MoU itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung gabungan politik iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (BN), Datuk Loretto S Padua Jr (Warisan), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (GPS) dan Datuk Seri Marsidi Manjun (GRS).

Perjanjian kerjasama itu turut ditandatangani oleh ketua gabungan iaitu Anwar (PH), Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor.

Sementara itu, Nisar turut menegaskan MoU itu juga merupakan suatu keperluan bagi membuktikan kerajaan seiring dengan hasrat Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan kestabilan politik negara dipelihara sehingga tamat penggal pentadbiran.

"Justeru, bagi menunaikan hasrat murni Seri Paduka Baginda, saya fikir parti-parti politik negara ini kena mengurangkan politiking menjuruskan kepentingan parti, sebaliknya mereka perlu benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat.

"Saya juga melihat keputusan MoU itu ditandatangani dalam satu majlis terbuka dan boleh disaksikan orang awam juga sangat penting bagi mengelakkan sebarang usaha rundingan politik pintu belakang sebagaimana berlaku pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," tegasnya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Formula 'segar' untuk UMNO
  2. Rahsia teknologi dalam ibadah puasa
  3. Menangani isu-isu dana politik
  4. Muda tidak cukup bagus buat PH?
  5. 'Penjara 30 tahun lebih baik'