Sila log masuk terlebih dahulu.

Segerakan enakmen antilompat parti

Penganalisis berpendapat kesan krisis politik Sabah sangat tidak sihat, mengganggu kemakmuran rakyat

09 Januari 2023 08:00am | Masa membaca: 4 minit
Pelaksanaan enakmen anti lompat parti di peringkat negeri perlu disegerakan bagi mengelakkan politik perebutan kuasa di Sabah berpanjangan hingga ke PRN enam negeri tahun ini.
Pelaksanaan enakmen anti lompat parti di peringkat negeri perlu disegerakan bagi mengelakkan politik perebutan kuasa di Sabah berpanjangan hingga ke PRN enam negeri tahun ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Krisis pergolakan politik di Sabah seharusnya menjadi pengajaran kepada semua kerajaan negeri agar menyegerakan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing bagi membolehkan enakmen antilompat parti dilaksanakan.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, penguatkuasaan pindaan enakmen berkenaan di peringkat negeri dilihat semakin mendesak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada tahun ini membabitkan Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Ia susulan krisis politik di Sabah yang berlaku sekarang ini adalah berpunca daripada kelewatan kerajaan negeri itu untuk menguatkuasakan enakmen antilompat parti agar selari dengan pindaan Akta Anti Lompat Parti di peringkat persekutuan.

“Implikasi krisis politik Sabah sangat tidak sihat dan mengganggu kemakmuran rakyat bukan sahaja di peringkat negeri bahkan kestabilan kerajaan campuran di Pusat.

“Krisis perebutan kuasa di negeri itu adalah bukti jelas kesan negatif ketiadaan penguatkuasaan enakmen antilompat parti di peringkat negeri, di mana Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masih berusaha mengadakan gerakan politik menjatuhkan kerajaan walaupun parti mereka bekerjasama di peringkat Persekutuan.

“Hakikatnya, inisiatif menyegerakan pelaksanaan enakmen antilompat parti di peringkat negeri hanya akan tercapai dengan tekad setiap parti politik untuk menguatkuasakannya. Dengan itu, semangat pindaan Akta Anti Lompat Parti di Pusat barulah benar-benar diterjemahkan di peringkat negeri,” katanya kepada Sinar Premium.

Hisommudin berkata demikian bagi mengulas solusi terbaik dalam menangani krisis pergolakan politik Sabah yang dibimbangi bakal melarat sehingga pelaksanaan PRN enam negeri nanti.

Ramai pemerhati politik berpandangan krisis pentadbiran Negeri di Bawah Bayu itu berpunca daripada kelewatan kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menguatkuasakan pindaan enakmen akta antilompat parti di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri berkenaan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Pergolakan berlaku selepas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO Sabah menarik semula sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menerusi kenyataan Bung Mokhtar itu, timbul khabar angin kerajaan Sabah pimpinan Hajiji bakal tumbang, dengan desas-desus mengatakan BN dan Parti Warisan (Warisan) akan berganding bahu membentuk kerajaan baharu.

Fungsi ADUN

Sementara itu, Timbalan Ketua Strategi, Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB di Universiti Sunway, Profesor Dr Wong Chin Huat pula berpandangan, bukan sahaja enakmen antilompat parti diperlukan bagi menstabilkan politik negara, tetapi kerajaan perlu melihat aspek pengubahan fungsi ADUN berasaskan dua segi.

“Pertama, kerajaan perlu memperhalusi cadangan pengagihan peruntukan kawasan sama rata kepada setiap ADUN supaya pengundi tidak perlu menyokong mereka yang melompat ke kem kerajaan semata-mata untuk mendapatkan pembangunan.

“Kedua, perlu pembaharuan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya ADUN benar-benar berfungsi dalam memperjuangkan dasar atau undang-undang tertentu yang seterusnya membezakan satu parti daripada parti yang lain.

“Cadangan kedua itu penting supaya pengundi membuat pilihan antara wakil rakyat dalam erti sebenar tanggungjawab mereka dan bukan berfungsi sebagai 'mesin pengeluaran wang automatik (ATM)' berbentuk manusia,” ujarnya.

Menjelaskan persepsi fungsi ADUN dianggap sebagai mesin ATM ‘bergerak’, Chin Huat menjelaskan ramai pengundi melihat fungsi terpenting ADUN adalah sebagai mesin berbentuk manusia yang boleh membawa balik peruntukan dan pembangunan ke kawasan-kawasan masing-masing.

Berikutan itu, beliau berkata, faktor utama ramai pengundi masih menyokong wakil rakyat yang melompat parti bagi menyokong kerajaan kerana mereka dijamin pengagihan peruntukan kawasan yang banyak.

“Ini dibuktikan daripada keputusan PRN Sabah tahun 2020 setelah 11 daripada 17 ADUN yang melompat parti dan kembali bertanding di bawah parti baharu, berjaya mempertahankan kerusi disandang termasuk salah seorang lima ADUN UMNO yang menyokong kerajaan GRS Sabah, James Ratib,” jelas beliau.

Selain itu, Chin Huat turut berpandangan parti-parti yang bertanding menggunakan lambang pilihan raya berasingan daripada koalisi sebenar disertai mereka seperti GRS yang sebelum ini berada di bawah naungan Perikatan Nasional (PN), tidak harus hilang autonominya semata-mata kerana mereka membentuk dan menyertai kerajaan campuran.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu