Sila log masuk terlebih dahulu.

Kerajaan Perpaduan versi Sabah

13 Januari 2023 07:30am | Masa membaca: 4 minit
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PADA 8 Januari lalu, selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), saya menghadiri ‘perjumpaan khas’ Bersatu Sabah dengan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Kota Kinabalu.

Ia dianjurkan Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang baru sahaja dilantik menggantikan Datuk Seri Hajiji Noor.

Perjumpaan tersebut diadakan untuk menyusun semula Bersatu Sabah setelah sejumlah pimpinannya keluar parti dan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyebabkan ada pihak mengatakan Bersatu Sabah telah terkubur.

Tetapi, sambutan hangat para pendukung dan pimpinan yang hadir dengan ramainya dalam perjumpaan tersebut, iaitu mewakili bahagian-bahagian Bersatu Sabah jelas menunjukkan bahawa Bersatu Sabah masih hidup, malah semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangan demi nasib dan masa depan rakyat Sabah khususnya, dan Malaysia amnya.

Beberapa hari sebelumnya, politik Sabah menjadi hangat kerana dua perkara.

Pertama, ada gerakan untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Hajiji dan diganti dengan Ketua Menteri (KM) baharu.

Tetapi, sidang media Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal dibatalkan.

Selepas itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan bahawa BN menarik balik sokongannya kepada Hajiji.

Tetapi, Hajiji kekal KM kerana mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada BN.

Selepas itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terbang ke Kota Kinabalu untuk menangani krisis tersebut. Anwar mengakhiri kehadirannya itu dengan menyatakan sokongannya kepada Hajiji sebagai KM.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Selepas itu, Bung Moktar menyatakan kabinet baharu pimpinan Hajiji yang mengangkat sumpah pada 11 Januari lalu, di mana beliau digugurkan sebagai Timbalan KM dan Menteri, tidak mengikut maksud ‘Kerajaan Perpaduan’ yang disarankan Anwar.

Tetapi, Timbalan KM yang baharu, Datuk Shahelmey Yahya membidas Bung Moktar dengan mengatakan bahawa kabinet baharu ini selaras dengan saranan Anwar.

Sekali lagi istilah ‘Kerajaan Perpaduan’ digunakan. Dan sekali lagi, orang bertanya, apakah maknanya? Apa lagi apabila ia diungkapkan dalam keadaan sedemikian.

Sebenarnya, kerajaan perpaduan bermakna kerajaan campuran atau gabungan yang terdiri daripada semua parti, atau semua parti utama dalam sesebuah dewan legislatif (seperti Dewan Rakyat dan DUN).

Ia ditubuhkan semasa perang, kecemasan atau apabila dewan tersebut tergantung. Dalam kerangka wujudnya kerajaan perpaduan, pembangkang tidak wujud atau amat kecil jumlahnya.

Dewan Rakyat dan DUN Sabah masih mempunyai pembangkang yang besar. Sebab itulah kami menyatakan bahawa kerajaan pimpinan Anwar dan Hajiji bukanlah kerajaan perpaduan.

Dalam konteks ini, nama ‘Kerajaan Perpaduan’ boleh digunakan. Tetapi, maknanya tidak sama dengan maknanya yang sebenar. Pihak-pihak lain bebas untuk menggunakannya ataupun tidak.

*Datuk Seri Saifuddin Abdullah ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Ada cubaan laga-lagakan penyokong Zahid, Bossku: MKT UMNO
  2. Formula 'segar' untuk UMNO
  3. Rahsia teknologi dalam ibadah puasa
  4. Menangani isu-isu dana politik
  5. Muda tidak cukup bagus buat PH?