Sila log masuk terlebih dahulu.

Subsidi OPR bersasar bukan beban besar

16 Januari 2023 07:40am | Masa membaca: 4 minit
Aimi Zulhazmi
Aimi Zulhazmi
A
A
A

SHAH ALAM - Subsidi bersasar kepada peminjam antara langkah yang dapat mengurangkan beban kepada golongan terkesan akibat Peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Penganalisis ekonomi daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, subsidi bersasar kepada pinjaman tidak menjadi beban besar kepada kerajaan jika dibandingkan dengan subsidi terhadap bahan api.

“Ini kerana menerusi subsidi bersasar, jumlahnya diketahui dari awal hingga akhir berbanding jumlah subsidi bahan api yang sukar dikawal sepenuhnya kerana berlaku pelbagai kes penyalahgunaan dalam sektor selain penyeludupan ke negara-negara jiran.

“Mengenai subsidi bersasar kepada pinjaman pula, sebagai contoh kadar bayaran balik pinjaman iaitu RM500 sebulan sebelum ini telah naik kepada RM580.

“Apa yang boleh dilakukan adalah kerajaan memberikan subsidi bersasar sebanyak RM80 atas kenaikan tersebut dan ia perlu disalurkan kepada bank, maka peminjam masih kekal membayar sebanyak RM500,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Wawancara Sinar Ahad berkenaan implikasi kenaikan OPR pada 15 Januari.
Wawancara Sinar Ahad berkenaan implikasi kenaikan OPR pada 15 Januari.

Tambah Aimi Zulhazmi, subsidi bersasar kepada peminjam itu bukan sahaja untuk pinjaman kepada pengguna tetapi juga kepada perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) supaya nasib usahawan dan peniaga tersebut terbela.

Jelas beliau, cadangan itu boleh dilaksanakan kerana dari sudut data, setiap bank sudah mempunyai data peminjamnya yang boleh dihubungkan dengan Kementerian Kewangan (MOF).

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Bank juga sudah boleh menganggarkan berapakah margin keuntungannya apabila OPR bertambah.

“Profil peminjam dan trend pembayarannya sudah pun diketahui dari pada kenaikan faedah atau keuntungan OPR, maka bank sudah boleh mengira jumlah yang diperlukan untuk disubsidi dan direkomendasi kepada MOF,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aimi Zulhazmi berkata, MOF juga boleh memilih siapa yang berhak iaitu tanpa mengira golongan B40 dan M40 untuk menerima subsidi tersebut.

“Selepas mendapat kelulusan dari MOF, bank akan mengkreditkan kepada akaun peminjam sejumlah kenaikan faedah daripada OPR sahaja dan peminjam hanya perlu membayar kadar bulanan yang biasa misalnya pada kadar sekarang OPR adalah sebanyak 2.75 peratus.

“Jadi bagi golongan yang benar-benar terkesan terutama B40 dan M40 layak untuk menerima subsidi bersasar sebanyak 0.5 peratus. Pemberian subsidi itu terpulang oleh kerajaan sendiri untuk menetapkannya pada kadar berapa peratus mengikut kemampuan kerajaan ketika ini,” jelasnya.

Beliau memaklumkan bank pada setiap bulan akan membuat laporan dan claim (tuntut) subsidi itu menerusi MOF.

“Langkah sama telah dilakukan secara berdekad oleh syarikat-syarikat minyak untuk bahan api dan gas petroleum cecair (LPG) yang disubsidi melalui kementerian berkenaan,” ujarnya.

Selain itu, beliau menjelaskan bank juga membuat keuntungan daripada pasaran Money-Market dengan kenaikan OPR.

“Ini membantu sistem perbankan Malaysia untuk terus menjadi penarik kepada pelabur-pelabur asing dan tempatan tanpa memberikan kesan langsung kepada nilai mata wang ringgit sekiranya OPR tidak dinaikkan.

“Daripada pembayaran subsidi bersasar ke atas faedah atau keuntungan ini, bank juga mungkin boleh menggunakannya sebagai tax-rebate (rebat cukai) ke atas keuntungannya,” jelas beliau.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu