Sila log masuk terlebih dahulu.

Kenalan sejak kecil, ikrar cinta sehidup semati

21 Januari 2023 07:45am | Masa membaca: 4 minit
Hasan (kanan) dan Rehayani sering mengimbau kenangan-kenangan lama mereka bersama untuk menyuburkan rasa 
sayang dan cinta.
Hasan (kanan) dan Rehayani sering mengimbau kenangan-kenangan lama mereka bersama untuk menyuburkan rasa sayang dan cinta.
A
A
A

KAMPAR - Ikrar perkahwinan untuk sehidup semati menjadi penguat kepada bahtera perkahwinan pasangan Hasan Tan, 71, dan Rehayani Alang, 67, yang hampir memasuki lima dekad, tahun ini.

Hasan dan Rehayani dari Kampung Sahom di sini merupakan kenalan sejak kecil dan hubungan kekeluargaan sebagai saudara dua sepupu mendekatkan mereka antara satu sama lain.

Berkongsi kisah cinta, Hasan yang merupakan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat sarjan berkata, mereka mula saling jatuh cinta ketika alam remaja.

Menurutnya, ketika itu usianya baru menginjak 18 tahun dan saat terpandangkan wajah manis Rehayani, perasaan sayang seorang kenalan dan saudara telah berubah kepada cinta.

Rasa cinta pasangan ini bercambah kuat kerana dalam diam, Rehayani juga ada menaruh hati kepada Hasan.

“Rumah kami tidaklah jauh, hanya berselang dua rumah sahaja. Hari-hari boleh nampak dia naik basikal, main dengan kawan, berlari dan panjat pokok semua.“Ketika itu perasaan saya biasa sahaja, tetapi lama-kelamaan berubah kepada cinta.

“Saya beranikan diri menulis surat kepadanya untuk beritahu perasaan saya. Tak sangka perasaan saya berbalas,” kata Hasan.

Memori manis yang masih terpahat dalam ingatan mereka adalah pada kali pertama berjanji temu di kebun getah.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Mereka memahat janji untuk sama-sama membina perkahwinan yang bahagia hingga akhir hayat dengan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Hasan berkata, walaupun ketika dia tidak mempunyai harta dan hanya bekerja kampung sahaja, Rehayani tetap menerima dia seadanya.

“Sejak itu saya janji pada diri sendiri bahawa selagi ada hayat, saya akan tetap bersamanya.

“Orang-orang dulu berkahwin memang untuk sehidup semati,” katanya.

Mereka disatukan pada 25 Januari 1974 ketika Hasan berusia 22 tahun dan Rehayani berumur 18 tahun. Perkahwinan selama 49 tahun itu kekal bahagia dengan dikurniakan tujuh anak dan 12 cucu.

Kemesraan pasangan suami isteri itu tidak hanya dirasai dalam kalangan keluarga sahaja malah komuniti setempat hingga menggelar mereka pasangan dua sejoli.

Sementara itu, Rehayani berkata, untuk menyuburkan rasa sayang dan cinta, mereka selalu mengimbau kenangan-kenangan lama bersama.

Dia dan suami juga sering meluangkan masa berdua-duaan menaiki kenderaan ke kedai atau keliling kampung untuk mencipta memori baharu.

“Walaupun sekarang usia dan wajah dah tak sama, tetapi apabila teringatkan memori lama dan masa-masa bahagia, kasih sayang tu terus subur.

“Ciptalah seberapa banyak masa bahagia bersama kerana takdir tuhan, kita tak tahu siapa yang akan pergi dahulu, sekurang-kurangnya kita sudah melakukan yang terbaik dalam perkahwinan,” katanya.

Rehayani akui, antara rahsia kebahagiaan mereka adalah sikap saling memahami dan mengambil berat akan tanggungjawab masing-masing.

“Sebagai isteri, kita jangan minta lebih daripada apa yang mampu suami berikan, terima seadanya.“Usaha memperbetulkan diri sendiri dan paling penting adalah berbalik kepada niat mengahwini pasangan kita,” katanya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan