Sila log masuk terlebih dahulu.

Kenyataan Hamzah cetus pertikaian

24 Januari 2023 08:45am | Masa membaca: 4 minit
Gambar dari kiri: Pushpan Murugiah, Hamdan Daniel
Gambar dari kiri: Pushpan Murugiah, Hamdan Daniel
A
A
A

SHAH ALAM - Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung pemberian duit semasa kempen pilihan raya bergantung kepada niat dan tujuan seseorang adalah satu kenyataan yang sangat dangkal.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (Pusat C4), Pushpan Murugiah berkata, pandangan yang dikeluarkan bekas menteri itu tidak menggambarkan imej sebenar seorang pemimpin tulen.

Katanya, kenyataan itu bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah mungkin boleh menjadi ikutan kerana ia dikeluarkan oleh seorang yang mempunyai pangkat dan berada di satu kedudukan tinggi di dalam parti.

“Bagaimana seorang pemimpin tertinggi di sebuah parti dan menjadi Ketua Pembangkang boleh mengeluarkan satu kenyataan yang sangat mengejutkan?

“Adakah kita sebagai manusia boleh mengetahui bahawa pemberian wang semasa pilihan raya harus diteliti daripada segi tujuannya? Menjadi satu persoalan bagaimanakah niat seseorang itu boleh dikenal pasti atau ditaksirkan dengan betul?

“Logik atau perumpamaan yang mahu dikongsikan oleh Hamzah itu sama sekali tidak boleh diterima pakai dan dijadikan rujukan oleh orang ramai,” katanya kepada Sinar Premium pada Isnin.

Pushpan berkata, suatu yang jelas apabila sebarang pemberian wang semasa proses berkempen pada pilihan raya adalah satu kesalahan dan ia sebahagian daripada bentuk perbuatan rasuah.

Sehubungan itu tegasnya, pelaksanaan undang-undang pilihan raya harus diperketatkan bagi memastikan perkara seumpama itu tidak menjadi ikutan dan panduan oleh orang ramai, sekali gus membudayakan amalan rasuah.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertanggungjawab untuk memastikan sesiapa yang melakukan kesalahan politik wang segera disiasat dan didakwa.

“Selain itu, penggubalan Akta Pendanaan Politik juga penting dilaksanakan bagi memastikan perbelanjaan parti semasa pilihan raya boleh dipantau sekali gus berupaya mengurangkan kegiatan rasuah atau politik wang,” tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Rasuah Busters Selangor dan Wilayah Persekutuan, Profesor Madya Dr Hamdan Daniel berkata, parti politik di negara ini seharusnya mengamalkan budaya yang jauh lebih matang dan bukannya menerusi kenyataan atau pendirian yang mengundang konflik di dalam masyarakat.

Jelasnya, pemberian wang atau sebarang hadiah ketika musim berkempen pilihan raya adalah amalan atau budaya yang harus ditamatkan bagi merealisasikan kempen bersih tanpa ada sebarang unsur rasuah kepada pengundi.

“Sekiranya mahu memberi bantuan wang, kenapa perlu tunggu sehingga hari berkempen? Ia seharusnya tidak bersifat bermusim.

“Jika tindakan seumpama ini dilakukan (bukan ketika pilihan raya), barulah nampak niat yang tulus dan ikhlas untuk memberi.

“Budaya beli jiwa haruslah ditamatkan agar Malaysia bebas daripada amalan rasuah dan sebarang bentuk salah guna kuasa demi kepentingan diri,” tegasnya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Guna logo bulan tingkat gelombang hijau di Kelantan, Terengganu
  2. Nilai akademik pengalaman kerja
  3. Waktu membangun negara
  4. Mengawasi GLC jadi keutamaan
  5. Politik berasaskan sentimen