Sila log masuk terlebih dahulu.

Rasional dan logik hindar scammer

26 Januari 2023 08:25am | Masa membaca: 4 minit
No Image Caption
A
A
A

MALAYSIA sudah mendekati 70 tahun merdeka. Kita semua, khususnya yang lahir pascamerdeka, jika tak semua pun masuk universiti, sekurang-kurangnya telah melalui pendidikan menengah. Jadi, kita semua telah diajar untuk menjadi manusia logik dan rasional.

Tapi ada lagi isu-isu yang masih menjengkelkan. Ramai rakyat kita yang masih tertipu dengan scammer. Tatkala ada yang tertipu dengan panggilan ‘pihak berkuasa’ hingga habis wang simpanan tergadai.

Ada pula tertipu untuk menjadi pekerja bergaji mewah di luar negara. Akhirnya tersangkut di Myanmar atau Kemboja menjadi buruh paksa dan menjadi pekerja panggilan palsu scammer untuk menggoda rakyat kita di Malaysia pula.

Wajarnya, kita tak mudah tergoda. Pegawai agensi mana yang begitu budiman hendak membantu kita mengelak daripada penjara, sedangkan kita sendiri belum tentu berbuat salah hingga wajar didakwa.

Siapalah gamaknya yang ingin menggaji kita dengan puluhan ribu ringgit dalam dunia hari ini sedangkan hendak mendapat upah beberapa puluhan ringgit pun orang perlu bekerja siang dan malam?

Tulisan kali ini cuba berkongsi sedikit bagaimana kita sebenarnya selalu ditipu secara psikologi. Ia berlaku setiap hari. Tetapi kerana ia berlaku dalam keadaan yang munasabah, maka kita anggaplah ia sebagai hukum semula jadi.

Seperti apabila kita membeli sebuah kereta yang katakan harganya RM 100,000. Biasanya setelah menghabiskan wang sebanyak itu, maka kita dipromosi pula dengan memasang kamera atau cermin gelap yang katakan harganya RM1,000.

Kita mudah untuk berbelanja lagi untuk tawaran ini, kerana apalah sangat harganya jika dibandingkan dengan RM100,000 tadi. Dalam psikologi kita telah terpengaruh dengan the door in the face. Setelah berkorban yang besar, apalah sangat memberi yang kecil.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Hari yang lain, ada penjual datang ke rumah kita. Dia tak menjualkan apa-apa. Dia sekadar meminta segelas air sejuk. Apalah sangat segelas air sejuk. Kita yang baik ini, kemudiannya menjemput penjual tadi masuk. Sekarang kita sudah membuka dua peluang untuknya. Setelah masuk, lalu dia pun mula menjual barangnya.

Mustahil menolaknya sedang tadi kita begitu baik hati. Ini kita namakan the foot in the door. Mulakan yang kecil, sebenarnya ingin meminta yang besar.

Sebenarnya inilah juga cara scammer ini beroperasi, sama ada the door in the face atau the foot in the door. Pertama dia menelefon kita menakutkan dengan kes besar. Kita pula, daripada rugi banyak yang mungkin meringkuk dalam penjara, apalah sangat membayar sedikit. Lalu kita pun mulalah membayar sedikit.

Besok pula dia meminta lagi, jumlahnya mula meninggi. Kita bayar lagi. Setelah kita kehabisan wang, baru tahu kita ini sedang ditipu.

Untuk yang ditipu ke luar negara pun mungkin modus operandi yang sama. Mulanya dia berjanji gaji puluhan ribu. Ada yang tentu terpesona. Kemudiannya diminta pula bayar sedikit kos pentadbiran dan tiket. Apalah sangat jumlahnya sedang gaji lumayan menanti.

Lalu diminta itu dan ini pula. Lama kelamaan, terasa telah berkorban banyak, mangsa berasa perlu juga pergi ke luar negara dengan segera.

Sebenarnya itulah fenomena psikologi yang sedang menipu kita. Jika kita tertipu untuk hal biasa, ia mungkin lumrah. Ini kita tertipu hingga tergadai semuanya. Perlu diingat, mereka yang menelefon ini boleh jadi rakyat Malaysia yang kini sedang jadi kuda tunggangan di Myanmar atau Kemboja.

Mereka secara psikologikalnya juga lemah. Jadi setiap kali ada panggilan yang aneh, kita juga boleh bermain psikologi dengan mereka. Cubalah bertanya berapa banyak komisen hari ini, atau sudah berapa hari tidak makan? Atau tanyalah mereka siapa nama ketua polis atau pengarah LHDN bagi negeri tertentu jika mereka mengaku kononnya mereka dari agensi berkenaan.

Kita hidup di zaman rasional dan logik. Jangan biarkan kita menjadi mangsa permainan psikologi sesiapa sahaja, apatah orang yang tak dikenali.

Sesekali lebih baik menjadi orang nakal yang berakal, daripada budiman yang diperdaya.

* Dr Mohd Awang Idris ialah pensyarah dan penyelidik dalam bidang psikologi di Universiti Malaya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Menu Rahmah dan 'sayur omega'
  2. Mari bersahabat dengan hati nurani
  3. Gelombang hijau sukar disekat
  4. Gempa bumi: 'Lari keluar, kemudian naik semula lihat pesakit'
  5. Bukan soal salah guna kuasa