Sila log masuk terlebih dahulu.

Pembersihan perlu dilakukan secara berfasa - Penganalisis

29 Januari 2023 07:30am | Masa membaca: 4 minit
Penganalisis politik berpendapat pembersihan dalam UMNO perlu dilakukan secara berfasa bagi memastikan tiada 'musuh dalam selimut' dan 'musang berbulu ayam' dalam parti itu. (Gambar kecil: Awang Azman)
Penganalisis politik berpendapat pembersihan dalam UMNO perlu dilakukan secara berfasa bagi memastikan tiada 'musuh dalam selimut' dan 'musang berbulu ayam' dalam parti itu. (Gambar kecil: Awang Azman)
A
A
A

SHAH ALAM - Pembersihan dalam UMNO perlu dilakukan secara berfasa bagi memastikan tiada ‘musuh dalam selimut’ dan ‘musang berbulu ayam’ dalam parti orang Melayu itu.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ia adalah permulaan yang baik buat UMNO tetapi perlu dilakukan secara menyeluruh dan tidak berhenti di situ sahaja.

Katanya, masih terdapat beberapa pihak yang dilihat bertentangan dengan keputusan kepimpinan parti.

Beliau memberi contoh, ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru supaya Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan pada bulan Mac tahun lepas, namun terdapat kelompok yang membantah.

“Mereka lebih melihat kepentingan jawatan peribadi atau bos mereka daripada menurut seruan parti. Ini bukan isu kebebasan bersuara tetapi dari segi tindak tanduk ia jelas sikap membelakangkan parti.

“Saya kira kali ini masih belum mencukupi, sudah pasti saki bakinya masih lagi ada. Perlu ada fasa seterusnya untuk lakukan pembersihan yang betul,” katanya kepada Sinar Ahad.Dalam pada itu, Awang Azman berkata, UMNO akan menjadi lebih kuat tanpa gangguan daripada orang dalam.

“Tindakan pembersihan itu jelas menunjukkan UMNO betul-betul bersedia untuk pulih dan membersihkan partinya agar menjadi lebih baik.

“Parti tidak memerlukan dua atau tiga nakhoda, hanya satu sahaja. Maksudnya tidak ada pihak yang lebih besar daripada kepentingan parti,” ujar beliau.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu