Sila log masuk terlebih dahulu.

Pecat, gantung pemimpin tidak selesaikan masalah - Syed Hamid

30 Januari 2023 08:30am | Masa membaca: 4 minit
Syed Hamid Albar
Syed Hamid Albar
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan memecat dan menggantung pemimpin yang dilakukan oleh UMNO bukan merupakan penyelesaian, sebaliknya ia akan menimbulkan masalah lain.

Veteran politik, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya melihat UMNO sebenarnya dalam keadaan dilema sama ada mahu mengambil tindakan atau tidak terhadap pemimpin yang mengkritik parti itu.

“Ini kerana kedudukan UMNO sekarang ini adalah di peringkat paling rendah dari segi penerimaan dan populariti masyarakat.

“Saya rasa ia bukan tugas yang senang untuk melihat UMNO keluar daripada perkara ini. Kita kena memerhati tindak-tanduk pemimpin sekarang,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Syed Hamid berpandangan krisis dihadapi UMNO kini berbeza dengan pernah dihadapi dahulu.

Katanya, walaupun UMNO dahulu mempunyai krisis, tetapi parti itu masih lagi mempunyai kekuatan politik.

“Kita menempuh macam-macam masalah tetapi kita dapat tangani. Oleh kerana kita punyai nama dan reputasi kita tidak di peringkat terendah.

“Dalam keadaan sekarang di mana UMNO adalah paling lemah, ia akan lebih mencabar dan sukar. Anda tidak boleh samakan dengan dahulu. UMNO dahulu mempunyai kekuatan dan penerimaan lagi,” ujarnya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Menurutnya, antara jalan penyelesaian agar UMNO keluar daripada krisis yang dihadapi ini adalah perlunya ada penyegaran dan islah bagi membuat pembaharuan.

Bagaimanapun, katanya, sebelum tindakan itu diambil, parti berkenaan perlulah membina semula kekuatan dalamannya terlebih dahulu.

“Apabila UMNO mempunyai kekuatan dalaman, maka orang ramai akan kembali menerima dan yakin terhadap parti,” kata beliau.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu