Sila log masuk terlebih dahulu.

Pilih yang layak, bukan sekadar lantik saja

01 Februari 2023 07:10am | Masa membaca: 4 minit
Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang perdebatan. (Gambar kecil: Wan Azliana)
Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang perdebatan. (Gambar kecil: Wan Azliana)
A
A
A

SHAH ALAM - Pelantikan sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri sewajarnya perlu berdasarkan merit tinggi dan pengalaman luas seseorang individu dalam bidang berkepentingan tersebut.

Aktivis yang juga seorang peguamcara, Wan Azliana Wan Adnan berkata, pemilihan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapanya dilihat seperti berlaku satu persepsi nepotisme dan kronisme.

Bekas Pengerusi Rasuah Busters Selangor dan Wilayah Persekutuan itu berkata, pelantikan Nurul Izzah itu boleh dikategorikan sebagai perbuatan salah guna kuasa kerana bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak mempunyai kelayakan sewajarnya untuk kapasiti tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita (ASWA) berkata, selain tidak mempunyai kelayakan setaraf jawatan disandang, Nurul Izzah juga tidak mempunyai pengalaman luas dan latar belakang pendidikan melibatkan ekonomi dan kewangan.

“Kita hendak jadi doktor, kena ada ijazah kedoktoran. Hendak jadi peguam, perlu ada Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, malah kena buat housemanship dan ada pengalaman dalam bidang yang mahu diceburi.

“Kalau hendak jadi penasihat kanan, maka seseorang itu wajib kena ada kepakaran. Inikan pula hendak jadi pakar penasihat ekonomi dan kewangan negara, maka semestinya ada latar belakang dan pengalaman yang luas.

“Ia bukan boleh sekadar melantik sesiapa yang dirasakan mahu dilantik. Yang dilantik itu pula anak sendiri dan perkara ini mendorong kepada perbuatan nepotisme dan kronisme,” katanya kepada Sinar Premium pada Isnin.

Mengulas lanjut, Wan Azliana berkata, jawatan tersebut seharusnya diiklan dan ditawarkan secara terbuka, supaya semua yang berkelayakan boleh menghantar resume bagi menjawat kedudukan penting itu.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Sebagai contoh apabila majikan mahu mengambil pekerja, pemohon diminta menghantar resume dan majikan kemudiannya membuat pilihan paling layak,” katanya.

Beliau berkata, diakui Perdana Menteri bebas melantik individu yang dirasakan sesuai untuk jawatan penasihat.

“Jawatan lantikan politik seperti Setiausaha Politik (Setpol) atau pegawai khas seumpama ini memang pilihan mutlak menteri atau Perdana Menteri, tetapi janganlah melantik orang politik yang tidak layak,” kata beliau.

Tambahnya lagi, mereka yang selayaknya dapat dinilai berdasarkan pengalaman dan kepakaran di dalam bidang kewangan dan ekonomi negara.

Tegasnya, bertindak sebagai penasihat kanan Perdana Menteri yang mempunyai tanggungjawab besar pada rakyat dan negara, individu dilantik seharusnya mempunyai kredibiliti dan merit yang setarafnya.

“Meskipun Nurul Izzah difahamkan tidak mengambil gaji daripada pelantikan tersebut, namun kuasa yang diberikan untuk menasihati Perdana Menteri adalah sangat besar.

“Oleh yang demikian, Anwar kena tunjukkan bahawa tiada amalan nepotisme apabila melantik Nurul Izzah sebagai penasihat beliau.

“Pernah menjadi ahli Parlimen tidak melayakkan dia menjadi pakar ekonomi atau pakar kewangan,” katanya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu