Sila log masuk terlebih dahulu.

Segerakan reformasi undang-undang tangani kejatuhan CPI negara

02 Februari 2023 08:15am | Masa membaca: 4 minit
Faisal Abd Aziz
Faisal Abd Aziz
A
A
A

SHAH ALAM - Kejatuhan berterusan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara perlu ditangani segera menerusi tiga reformasi undang-undang.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abd Aziz berkata, prestasi CPI yang merosot adalah berpunca daripada kegagalan kerajaan sebelum ini melakukan perubahan terhadap sistem pentadbiran seperti yang dituntut rakyat.

Justeru, beliau berkata, kerajaan khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) harus mengambil perhatian khusus mengenai indeks berkenaan

“Menteri harus utamakan tiga reformasi segera iaitu pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya dan menambah baik undang-undang melindungi pemberi maklumat.

“Undang-undang berkaitan kerahsiaan seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang sebelum ini menjadi penghalang kepada pemberi maklumat mendedahkan kes rasuah juga perlu ditambah baik.

“Kerajaan harus segera menggerakkan penggubalan akta pembiayaan dana politik agar dana politik diatur mengikut peraturan yang jelas, berasaskan nilai-nilai tata kelola yang baik, akauntabiliti dan ketelusan,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Faisal berkata demikian sebagai mengulas laporan terbaharu mengenai kedudukan Malaysia pada tangga ke-61 dalam CPI 2022 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga ke-62 pada 2021.

Kejatuhan itu berlaku dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Mahasiswa kemuka empat cadangan tangani rasuah

Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengemukakan empat cadangan kepada kerajaan dalam usaha memerangi gejala rasuah di Malaysia.

Presidennya, Ahmad Farhan Rosli berkata, antara cadangan tersebut adalah kerajaan disyorkan untuk menubuhkan Mahkamah Khas Salah Laku Rasuah yang mempunyai bidang kuasa khusus dalam menangani kesalahan rasuah di samping dapat menyegerakan perbicaraan kes-kes rasuah.

Beliau berpandangan, bidang kuasa entiti tunggal pencegahan rasuah di Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga harus ditingkatkan dengan lebih meluas.

“Daripada sebuah badan yang mempunyai kuasa mengesan dan menyiasat, SPRM harus ditambah baik kepada badan yang mempunyai kuasa untuk mendakwa.

“Selain itu, Pendidikan Rasuah mesti diwujudkan melalui modul khas kokurikulum di sekolah dengan penubuhan Kor SPRM di sekolah bagi memastikan pelajar dapat dididik tentang bahaya rasuah sejak dari bangku sekolah rendah.“Seterusnya, perlunya ada kerjasama strategik melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Institut Integriti Malaysia dan SPRM dalam melaksanakan program pendidikan anti rasuah di sekolah serta universiti dengan sokongan dana yang mampan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Selasa, Skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia tahun 2022 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) dilaporkan terus merosot kepada 47 mata dalam kalangan 180 negara.

Mengulas lanjut, Ahmad Farhan menjelaskan, mahasiswa merupakan golongan yang bakal mengisi kedudukan penting dalam sektor pentadbiran, pendidikan dan perkhidmatan setelah selesai pengajian.

“Sekiranya mahasiswa tidak diperjelaskan soal bahaya rasuah, ini akan membuka ruang wujudnya wabak yang lebih buruk pada masa akan datang.

“Oleh itu, kawalan yang lebih kukuh perlu dilakukan termasuklah pengenalan kursus wajib anti rasuah di universiti,” ujarnya.

Beliau dalam masa sama turut berharap agar kerajaan segera melaksanakan usaha-usaha reformasi institusi di samping memastikan prinsip semak imbang dipatuhi.

“Ini termasuklah segera mengambil tindakan undang-undang ke atas dakwaan salah guna kuasa yang dilakukan penjawat awam dan pimpinan utama negara pada pentadbiran yang lalu,” kata beliau.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu