Sila log masuk terlebih dahulu.

Sedia beri laluan kepada orang muda

Ismail Sabri mungkin tidak pertahan jawatan naib presiden sekiranya ada yang lebih layak

03 Februari 2023 09:39pm | Masa membaca: 4 minit
ISMAIL SABRI
Foto: ROSLI TALIB
ISMAIL SABRI Foto: ROSLI TALIB
A
A
A
KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan mungkin tidak akan mempertahankan jawatan tersebut pada Pemilihan UMNO kali ini sekiranya terdapat calon muda yang lebih layak dan mampu memperkukuhkan kedudukan parti.

Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun berkata, banyak perkara perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum beliau membuat keputusan tersebut termasuk senarai nama calon yang akan bersaing merebut jawatan berkenaan.

“Saya pun belum tahu siapa bakal menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden. Tapi kalau ada muka baharu yang boleh menjamin beliau dapat mengembalikan kekuatan UMNO, mungkin saya akan memberi laluan kepadanya.

“Saya mahu tengok siapa mahu bertanding, apa manifesto dan pembaharuan mahu dibawakannya ke dalam parti. Kalau dia boleh bawa apa yang lebih baik daripada apa yang saya mahu bawakan, saya akan memberi laluan kepada muka baharu berkenaan,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Kerusi naib presiden akan menjadi tumpuan pada Pemilihan UMNO, Mac ini apabila jawatan presiden dan timbalan presiden mungkin tidak dipertandingkan.

Sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memutuskan usul ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 pada bulan lalu itu sah dari segi undang-undang dan perlembagaan, ini bermakna Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan masing-masing kekal sebagai presiden dan timbalan presiden.



Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) masih berfungsi dan beliau kekal sebagai pengerusinya walaupun bukan lagi Perdana Menteri dan tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.

Beliau sehubungan itu mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersetuju supaya YKM terus bergerak aktif bagi membantu anak-anak yatim di negara ini.

“Kita akan menjaga dan memberi pendidikan sewajarnya sehingga anak-anak ini menamatkan pelajaran di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). Itu adalah tanggungjawab, sebab itu saya minta kepada Perdana Menteri supaya yayasan ini dikekalkan kerana ia umpama anak saya.

“Perdana Menteri bersetuju mengekalkan YKM tanpa ditukarkan namanya dan akan berfungsi seperti biasa,” jelas beliau.
Disyorkan artikel berkaitan ini:


YKM yang dilancarkan Ismail Sabri pada 23 Oktober 2021 ketika menjadi Perdana Menteri merupakan sebuah institusi bukan bersifat keuntungan, ditubuhkan khusus untuk membantu anak-anak yang kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat pandemik Covid-19, kemalangan atau bencana alam sehingga mencapai usia 18 tahun.Sehingga kini, YKM sudah memberikan bantuan kepada lebih 5,000 anak-anak yatim di seluruh negara.
Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu