Sila log masuk terlebih dahulu.

Pilih kasih dalam isu dana politik

04 Februari 2023 08:15am | Masa membaca: 4 minit
Laporan SInar Harian pada Khamis.
Laporan SInar Harian pada Khamis.
A
A
A

AKAUN parti Perikatan Nasional (PN) telah dibekukan minggu lepas ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Dana parti tersebut dipercayai terlibat dengan penyelewengan hasil haram rundingan terus sewaktu pemerintahan PN.

Hingga kini, jumlah dana parti yang terlibat mencecah RM300 juta.

Kelihatan pemimpin-pemimpin PN, khususnya Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengeluarkan kenyataan untuk pertahankan parti tersebut.

Antara alasan-alasan untuk menyangkal pembekuan ini termasuk ketidakadilan terhadap parti, susah membayar gaji pekerja parti, muslihat kerajaan untuk memainkan persepsi politik terhadap pembangkang, menyusahkan pembangkang untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan sebagainya.

Tidak sukar untuk ramai mengimbas kembali empat tahun lalu, apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk Bersatu sebagai parti komponen bertindak untuk membekukan dana politik UMNO dengan alasan terlibat dengan penyelewengan.

Turut dibekukan adalah dana yang dipegang Parti Amanah Negara (Amanah), yang telah dinyahbekukan oleh Mahkamah Tinggi beberapa tahun kemudian setelah didapati tiada penyelewengan.

Terdapat dua isu di sini. Pertama, sikap penyokong-penyokong parti politik yang bersifat double standard atau pilih kasih tidak kira penyokong PN, Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN).

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Sesuatu tuduhan dibuat terhadap parti lawan, maka mereka akan mengutuk habis-habisan, sekiranya tuduhan yang sama dilemparkan terhadap parti sokongan, maka mereka akan pertahankan habis-habisan.

Perihal isu pembekuan akaun PN, pihak penyokong mengatakan kerajaan tidak seharusnya ‘menghukum’ mereka sebelum parti itu terbukti bersalah melalui sistem perundangan.

Tetapi mereka tidak pernah mengatakan sedemikian sebelum ini ketika pembekuan aset ini berlaku terhadap UMNO, sebelum UMNO terbukti bersalah oleh mahkamah.

Sekarang, terdapat penyokong BN yang mengkhuatiri sumber dana RM300 juta yang diperoleh oleh PN.

Hakikatnya, mereka tidak pernah menyoal tentang sumber dana politik parti sokongan mereka. PH pula, tidak pernah mengumumkan jumlah dana yang diperoleh sepanjang masa.

Mereka mengumumkan jumlah kutipan dana politik dalam aktiviti-aktiviti tertentu, tetapi bukannya jumlah.

Teringat mendiang Karpal Singh. Beliau mempunyai pegangan prinsipal yang teguh sebagai individu yang sukar dicabar.

Contohnya, beliau membantah sekeras-kerasnya terhadap tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2008, yang menjemput ahli-ahli Parlimen daripada BN untuk melompat parti ke Pakatan Rakyat demi menubuhkan kerajaan.

Sikap sebeginilah, yang menjaguhkan mendiang Karpal Singh sebagai ‘Harimau Jelutong’, iaitu pendirian yang teguh, tidak menunduk kepada perkara yang bercanggah dengan prinsipalnya semata-mata untuk keuntungan.

Isu yang kedua pula, adalah berkaitan dengan Dana Politik.

Negara-negara demokrasi khususnya negara Barat telah mengamalkan sistem rekod dana politik.

Setiap parti politik dikehendaki untuk membuat rekod yang jelas dan melaporkan kepada pihak berkenaan atas sumber dana dan juga janji kepada penderma dana tersebut.

Namun, tiada perundangan di Malaysia yang mewajibkan parti-parti politik untuk mengisytiharkan jumlah aset parti, apatah lagi pengisytiharan sumber derma.

Mahkamah sebelum ini telah membuat keputusan bahawa ahli politik boleh menerima derma politik melalui akaun peribadi.

Keputusan ini telah digambarkan dalam kes Pendakwa Raya lawan Tengku Adnan Tengku Mansor, di mana pendakwaan berlaku pada zaman pemerintahan PH dan keputusan diberikan sewaktu pemerintahan PN.

Kini, tibalah masa untuk Malaysia menggubal undang-undang untuk mengawal selia derma politik, agar sumber dana politik menjadi lebih telus dan boleh dipantau oleh rakyat pada setiap masa.

* Tai Zee How, juga dikenali sebagai YouTuber Apek Cina, ialah seorang peguam dan pemerhati politik

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Ada cubaan laga-lagakan penyokong Zahid, Bossku: MKT UMNO
  2. Formula 'segar' untuk UMNO
  3. Rahsia teknologi dalam ibadah puasa
  4. Menangani isu-isu dana politik
  5. Muda tidak cukup bagus buat PH?