Sila log masuk terlebih dahulu.

Perbaiki struktur ekonomi negara selaras unjuran baharu global

06 Februari 2023 08:35am | Masa membaca: 4 minit
Bajet 2023 yang akan dibentangkan bakal menjadi unjuran strategi kerajaan selaras dasar monetari BNM.
Bajet 2023 yang akan dibentangkan bakal menjadi unjuran strategi kerajaan selaras dasar monetari BNM.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengambil peluang sekali gus memperbaiki struktur ekonomi negara daripada terus terperangkap pada tahap ‘berpendapatan sederhana’ (middle-income trapped).

Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpandangan, pelbagai usaha boleh dilaksanakan kerajaan ketika ini selaras unjuran terbaharu ekonomi global yang dijangka lebih baik.

“Pengeluaran per industri pada tahap teknologi rendah mesti diperbetulkan dengan menggalakkan ke arah perindustrian tahap tinggi selain kebergantungan kepada pekerja asing.

“Di samping itu, perlu juga membudayakan dan memberi penekanan kepada penyelidikan dan teknologi (R&D) di semua peringkat segmen ekonomi, bukan sahaja industri malah pertanian, perkhidmatan serta semua segmen yang menjadi fokus ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Berdasarkan laporan World Economic Outlook Update bagi Januari 2023, pertumbuhan ekonomi tahun ini dijangka pada kadar 2.9 peratus berbanding unjuran sebelumnya 2.7 peratus.

Unjuran baharu itu berikutan pelonggaran pergerakan daripada China, kadar inflasi yang lebih terkawal, pasaran buruh Amerika masih kukuh serta kekangan sumber tenaga Eropah yang tidak teruk seperti dijangka.

Dalam pada itu, Aimi Zulhazmi berkata, Bajet 2023 yang akan dibentangkan kelak bakal menjadi unjuran strategi kerajaan daripada aspek dasar fiskal yang perlu diselarikan dengan dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM).

“Ia demi memperbaiki kedudukan (dan) bukan sahaja memulihkan (ekonomi), tetapi meningkatkan tahap dan taraf ekonomi menjadi negara maju seperti yang disasarkan,” ujarnya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Sementara itu, pakar ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, harga komoditi yang menurun daripada paras tertinggi telah mengurangkan tekanan inflasi dunia, namun perdagangan Malaysia banyak bergantung kepada komoditi seperti minyak, gas dan sawit.

"Saya tidak ada model yang boleh beri anggaran pertumbuhan (ekonomi Malaysia) tetapi bersetuju dengan unjuran ekonomi dunia oleh pelbagai pihak yang nampaknya lebih positif daripada beberapa bulan lepas,” jelasnya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan