Sila log masuk terlebih dahulu.

Buru warga asing masuk tak pulang

06 Februari 2023 07:15am | Masa membaca: 4 minit
Khairul Dzaimee
Khairul Dzaimee
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi peringatan tegas kepada warga asing bahawa mereka akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya tidak menghormati kedaulatan negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, warga asing yang masuk ke Malaysia tertakluk kepada undang-undang negara dan tindakan tegas akan dikenakan termasuklah tinggal melebihi tempoh masa yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Katanya, setiap warga asing yang memasuki negara ini perlu mematuhi dan menghormati undang-undang negara.

“Imigresen akan terus memburu mereka yang masuk dan tidak pulang pada masa yang ditetapkan. Apabila berjaya ditahan, mereka akan didakwa, dipenjarakan dan seterusnya diusir pulang,” katanya kepada Sinar Premium.

No Image Caption

Tegas beliau, bagi mereka yang melanggar peraturan ini undang-undang yang tersedia akan pasti menghukum pesalah kerana tidak menghormati kedaulatan negara.

“Mereka (pesalah warga asing) akan dikategorikan sebagai imigran larangan di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen dan dilarang memasuki Malaysia seumur hidup,” katanya.

Dalam pada itu Khairul Dzaimee menjelaskan, seramai 22,560 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan di seluruh negara pada tahun lalu.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Katanya, statistik tangkapan sehingga 30 Disember itu dilaksanakan hasil pelaksanaan 7,819 operasi dan pemeriksaan terhadap 113,119 individu.

No Image Caption

Menurutnya, pemeriksaan mendapati tangkapan tertinggi PATI membabitkan warga Indonesia iaitu seramai 9,709 orang, diikuti Myanmar (3,627), Bangladesh (2,845), Thailand (1,494), India (1,462), Filipina (1,164), Pakistan (655), Nepal 437), Kemboja (367), Vietnam (342) dan bakinya adalah dari lain-lain negara.

“Selain itu, kita turut menahan seramai 343 majikan untuk siasatan melindungi dan menggaji warga asing.

“Majikan itu terdiri daripada 330 warga tempatan dan selebihnya warga asing termasuklah Pakistan, Bangladesh, India dan Filipina,” katanya.

Beliau menjelaskan, pihak imigresen turut menerima seramai 14,318 PATI hasil serahan oleh agensi penguat kuasa lain dan penahanan di pintu masuk.

No Image Caption

Katanya lagi, sepanjang tahun lalu juga, imigresen telah memeriksa seramai 5,561 Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Imigresen juga akan mengambil tindakan tegas ke atas pemegang kad UNHCR yang didapati bersalah dan melanggar apa jua undang-undang negara.

No Image Caption

“Sebagai golongan yang diberi kebenaran untuk menetap sementara sebelum dihantar pulang atau ditempatkan di negara ketiga, mereka seharusnya menghormati perundangan negara dan masyarakat tempatan.

“Tindakan pengusiran akan diambil sekiranya mereka didapati bersalah oleh mahkamah,” ujarnya.

Untuk rekod katanya, jumlah tangkapan PATI tertinggi adalah pada tahun 2019 dengan catatan seramai 51,300.

Manakala katanya, pada 2020 merekodkan sejumlah 22,671 tangkapan, sementara tahun 2021 pula dengan 12,462 penahanan.

No Image Caption

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Formula 'segar' untuk UMNO
  2. Rahsia teknologi dalam ibadah puasa
  3. Menangani isu-isu dana politik
  4. Muda tidak cukup bagus buat PH?
  5. 'Penjara 30 tahun lebih baik'