Sila log masuk terlebih dahulu.

'Kerajaan cari jalan elak rakyat terpedaya'

11 Februari 2023 08:00am | Masa membaca: 4 minit
Anwar menjawab soalan sewaktu sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Thailand selama dua hari bermula Khamis. Turut sama, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (dua dari kiri) dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan).
Anwar menjawab soalan sewaktu sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Thailand selama dua hari bermula Khamis. Turut sama, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (dua dari kiri) dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan).
A
A
A

BANGKOK - Kerajaan akan memperketatkan undang-undang bagi mengelak lebih ramai rakyat Malaysia terperdaya dengan taktik sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain aspek perundangan yang akan dilihat Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan mengambil langkah untuk tujuan sama.

“Kita sudah ambil pendirian yang agak tegas (melibatkan perkara ini).

“Sekarang, menteri mencari jalan untuk ketatkan undang-undang dan PDRM juga membuat langkah yang perlu. Selain itu, kita hanya boleh nasihat,” katanya kepada pemberita Malaysia selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Thailand pada Jumaat.

Beliau mengulas mengenai lima rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar, yang kini dalam proses dibawa pulang ke tanah air.

Perdana Menteri turut menasihati rakyat supaya lebih peka kerana sindiket kini semakin aktif menipu dengan berselindung di beberapa negara, termasuk Myanmar.

“Kita tidak boleh izinkan diri diperdaya,” katanya.

Terdahulu, lima pencari kerja rakyat Malaysia berusia antara 19 hingga 25 tahun yang mendakwa diperdayakan untuk ke Myanmar dan dipaksa bekerja dalam sindiket penipuan siber, diselamatkan serta kini berada di Thailand untuk dibawa pulang.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Difahamkan, sindiket tersebut menyasarkan kaum Melayu yang menjadikan media sosial sebagai platform mencari mangsa.

218 diselamatkan sejak tahun lalu - PDRM

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 218 warga tempatan yang terkandas di luar negara dipercayai menjadi mangsa jenayah penipuan kerja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, jumlah itu berdasarkan statistik yang direkodkan sejak tahun lalu hingga Januari lepas.

“PDRM telah menerima sebanyak 262 laporan polis membabitkan mangsa yang terkandas di luar negara kerana jenayah penipuan kerja.

“Daripada jumlah itu, seramai 218 orang mangsa diselamatkan dan 113 orang lagi masih terkandas antaranya di Kemboja, Myanmar, Laos dan lain-lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Abd Jalil berkata, siasatan mendapati kebanyakan mangsa pergi ke negara terbabit bertujuan bekerja sebagai mana yang ditawarkan oleh syarikat luar negara.

Katanya, majoriti daripada mangsa sedar mereka bekerja sebagai scammer atau aktiviti lain seperti online gambling.

“PDRM dan Kementerian Luar Negeri menyeru kepada pihak keluarga untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa supaya usaha mengesan dan menyelamat serta membawa pulang mangsa dapat diurus dengan betul.

“Dari sudut siasatan maklumat yang betul dan tepat diperlukan agar ia tidak tersasar dari fakta sebenar. Penyebar fakta yang tidak tepat ini akan mengganggu kelancaran siasatan,” ujarnya.

Kata Abd Jalil, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan terdapat badan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mengambil kesempatan terhadap keluarga mangsa yang terperangkap di luar negara untuk dibawa pulang. Namun, ada juga NGO yang ikhlas membantu tanpa mendapat apa-apa kepentingan.

“PDRM dan pihak Kedutaan Malaysia amat berterima kasih di atas usaha NGO ikhlas ini.

“Siasatan juga akan dijalankan terhadap mana-mana pihak terbabit yang mengambil kesempatan,” katanya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Ada cubaan laga-lagakan penyokong Zahid, Bossku: MKT UMNO
  2. Formula 'segar' untuk UMNO
  3. Rahsia teknologi dalam ibadah puasa
  4. Menangani isu-isu dana politik
  5. Muda tidak cukup bagus buat PH?