Sila log masuk terlebih dahulu.

Dana pinjaman RM2 bilion galak amalan hijau dalam perniagaan

24 Februari 2023 05:48pm | Masa membaca: 4 minit
ANWAR
ANWAR
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan bertekad untuk terus menggalakkan amalan hijau dalam sektor perniagaan menerusi pelbagai insentif menarik termasuk dana pinjaman sehingga RM2 bilion untuk syarikat pemula teknologi lestari.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bank Negara Malaysia menyediakan dana pinjaman sehingga RM2 bilion bagi mendukung syarikat pemula teknologi lestari dan membantu syarikat PKS menerap amalan rendah karbon.

“Selain itu, Khazanah turut menyediakan peruntukan RM150 juta ringgit bagi merancakkan pembangunan projek mesra alam termasuk mendukung pasaran karbon dan penghutanan semula,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Parlimen pada Jumaat.

Pembentangan Belanjawan 2023 yang menelan peruntukan terbesar dalam sejarah iaitu RM388.1 bilion merupakan penampilan Anwar kali kedua selepas 26 tahun ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada 1997.

Jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM289.1 bilion untuk belanja mengurus dan RM 99bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Belanjawan 2023 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober 2022 dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah yang berjumlah RM372.3 bilion.

Bagaimanapun ia tidak sempat untuk dibahaskan kerana Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Oktober bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Anwar yang juga Menteri Kewangan juga berkata, pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) turut ditambahbaik dengan nilai jaminan dinaikkan kepada RM3 bilion sehingga 2025.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Pada masa sama, kerajaan bercadang untuk melanjutkan tempoh insentif Green

Investment Tax Allowance (GITA) dan Green Income Tax Exemption (GITE) hingga 31 Disember 2025 dengan menambah baik tempoh galakan dari tiga kepada lima tahun bagi aktiviti hijau yang layak.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Ada cubaan laga-lagakan penyokong Zahid, Bossku: MKT UMNO
  2. Formula 'segar' untuk UMNO
  3. Rahsia teknologi dalam ibadah puasa
  4. Menangani isu-isu dana politik
  5. Muda tidak cukup bagus buat PH?