Sila log masuk terlebih dahulu.

Pemimpin 'kluster mahkamah' termasuk Muhyiddin wajar lepas jawatan

09 Mac 2023 06:12pm | Masa membaca: 4 minit
Muhyiddin dilihat hadir ke SPRM Putrajaya pada jam 11.10 pagi dipercayai untuk membantu siasatan berkaitan dana yang diterima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Muhyiddin dilihat hadir ke SPRM Putrajaya pada jam 11.10 pagi dipercayai untuk membantu siasatan berkaitan dana yang diterima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Semua pemimpin 'kluster mahkamah' wajar bercuti atau berehat sementara waktu daripada memegang mana-mana jawatan di dalam parti mahu pun kerajaan, sehinggalah kes perbicaraan mahkamah terhadap mereka selesai.

Timbalan Ketua (Strategi), Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) di Universiti Sunway, Profesor Wong Chin Huat berkata, tindakan itu bukan sekadar terpakai terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bakal dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat, semata-mata.

Bahkan Chin Huat berpendapat pemimpin utama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan seperti Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Pengerusi Barisan Nasional), Penasihat DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Muda (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga wajar 'bercuti' sementara daripada memegang jawatan parti dan kerajaan sehingga mereka terbukti tidak bersalah di mahkamah.

Guan Eng berdepan empat pertuduhan rasuah membabitkan projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. - Foto Bernama
Guan Eng berdepan empat pertuduhan rasuah membabitkan projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. - Foto Bernama

"Pada prinsipnya, semua pemimpin politik harus berehat atau mengambil cuti daripada jawatan utama parti dan kerajaan, tetapi boleh terus kekal berfungsi sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) apabila terlibat dalam kes mahkamah sebegini.

"Tindakan ini bukan saja terpakai kepada Muhyiddin tetapi juga terpakai untuk pemimpin parti lain termasuk Ahmad Zahid, Lim Guan Eng dan Syed Saddiq," katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Syed Saddiq juga wajar 'bercuti' sementara daripada memegang jawatan parti dan kerajaan sehingga terbukti tidak bersalah di mahkamah.
Syed Saddiq juga wajar 'bercuti' sementara daripada memegang jawatan parti dan kerajaan sehingga terbukti tidak bersalah di mahkamah.

Chin Huat berkata demikian bagi mengulas sama ada Muhyiddin wajar melepaskan jawatannya selaku Pengerusi PN dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), susulan bekas Perdana Menteri itu bakal dihadapkan ke mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Muhyiddin bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Hal ini susulan Ahli Parlimen Pagoh itu dipercayai berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua kes pengubahan wang haram (AMLA).

Bagi kes salah guna kuasa, pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, sementara AMLA bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFPUAA).

Dalam pada itu, Chin Huat menegaskan tindakan pendakwaan terhadap Muhyiddin bakal menimbulkan reaksi berbeza dalam kalangan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

"Akan terdapat reaksi berlainan dalam segmen pengundi berlainan. Ada yang akan kehilangan keyakinan terhadap PN sebagai alternatif 'Bersih Dan Stabil' kepada UMNO, maka mungkin berpindah ke PH atau UMNO.

"Kes berkenaan juga akan mewujudkan kumpulan pengundi yang bersikap sinis terhadap semua parti dan mungkin malas keluar mengundi dalam PRN nanti. Tidak mustahil juga ada pengundi terutama penyokong PN yang beranggapan pendakwaan terhadap Muhyiddin ini adalah suatu bentuk penganiyaan politik," katanya.

Ditanya sama ada kes pendakwaan terhadap Muhyiddin bakal memberikan impak besar terhadap hala tuju kerajaan atau pembangkang, Chin Huat menegaskan ia bergantung kepada respons mereka dalam menangani isu terbabit.

"Kita tidak tahu lagi jenis reaksi bagaimana lebih kuat. Ia juga bergantung kepada sama ada bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah oleh SPRM nanti cukup menyakinkan atau tidak," katanya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Guna logo bulan tingkat gelombang hijau di Kelantan, Terengganu
  2. Nilai akademik pengalaman kerja
  3. Waktu membangun negara
  4. Mengawasi GLC jadi keutamaan
  5. Politik berasaskan sentimen