Sila log masuk terlebih dahulu.

AGM sayap Bersatu tidak ditunda, usul 'pendakwaan Abah' jadi tumpuan

09 Mac 2023 06:46pm | Masa membaca: 4 minit
Muhyiddin tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11.15 pagi Khamis. - Foto Bernama 


Muhyiddin tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11.15 pagi Khamis. - Foto Bernama 

A
A
A

SHAH ALAM - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dua sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Menara PGRM, Cheras tidak akan ditunda biarpun Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal dituduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris mengesahkan AGM Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi Bersatu itu akan diteruskan dan bakal dirasmikan oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Razali berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat pewakilan sayap Armada dan Srikandi bakal membangkitkan usul penahanan dan 'pendakwaan terpilih' oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa pemimpin utama Bersatu termasuk Muhyiddin dalam AGM itu nanti.

"Kita tidak menetapkan perbincangan mengenai usul pendakwaan terhadap Tan Sri Muhyiddin sebagai agenda AGM kedua-dua sayap Bersatu, namun tidak mustahil ada perwakilan akan membangkitkan isu berkenaan.

"Setakat ini, semua agenda AGM tetap berjalan seperti biasa. Namun kita tidak tolak kemungkinan ada perubahan kerana senario itu bergantung kepada jenis dan jumlah pertuduhan bakal dikenakan terhadap Tan Sri Muhyiddin di mahkamah esok (Jumaat)," katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan perjalanan tentatif program AGM dua sayap Bersatu yang dijadualkan pada Jumaat, tidak akan ditunda meskipun Muhyiddin bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari sama.

Muhyiddin dipercayai akan berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua kes pengubahan wang haram (AMLA).

Bagi kes salah guna kuasa, pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, sementara AMLA bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFPUAA).

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Dalam pada itu, Razali menyifatkan kes pendakwaan terhadap Muhyiddin adalah tidak wajar kerana tiada unsur dana politik parti berkenaan digunakan untuk kepentingan peribadi.

"Saya juga difahamkan bahawa tiada kemasukan dana pelik dan jumlah luar biasa ke akaun peribadi Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau didakwa atas kapasiti sebagai Presiden Bersatu yang menerima sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Saya tidak risau dengan pentuduhan dikenakan kepada Tan Sri Muhyiddin kerana akaun parti memang diaudit setiap tahun dan laporan kewangannya sentiasa dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

"Justeru itu, kami berpandangan pertuduhan dikenakan ke atas Tan Sri hanya bertujuan merosakkan imej beliau selaku Presiden Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri tidak lama lagi," katanya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Ada cubaan laga-lagakan penyokong Zahid, Bossku: MKT UMNO
  2. Formula 'segar' untuk UMNO
  3. Rahsia teknologi dalam ibadah puasa
  4. Menangani isu-isu dana politik
  5. Muda tidak cukup bagus buat PH?