Sila log masuk terlebih dahulu.

Wujudkan undang-undang khusus elak pengabaian

Perlu perhalusi hak warga emas serta tanggungjawab pihak penjaga

17 Mac 2023 07:00am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Hampir semua undang-undang di negara ini tidak menyentuh secara terperinci mengenai hak warga emas atau ibu bapa yang sudah berusia.

Peguam, Muhammad Akram Abdul Aziz menjelaskan, walaupun terdapat sebilangan peruntukan yang boleh diguna pakai kepada golongan berkenaan, namun ia dirujuk sebagai perlindungan hak umum sahaja.

Justeru, sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan satu undang-undang yang lebih khusus bagi memastikan nasib warga emas terbela.

"Setakat dalam pengetahuan saya, belum ada kes yang spesifik (tentang pengabaian), belum ada Akta Hak Warga Emas (tetapi) lebih kepada kanun keseksaan seperti mendatangkan kecederaan.

"(Akta) Itu bukan setakat terpakai kepada warga emas, tetapi melibatkan semua orang dan tiada spesifik (undang-undang) ibu bapa berusia diabaikan atau ditinggalkan di stesen bas dan sebagainya.

"Oleh itu amat sukar untuk ambil tindakan kepada anak-anak atau waris kerana abaikan ibu bapa (sebab) tiada peruntukan khusus untuk pengabaian," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Muhammad Akram menjelaskan, terdapat beberapa undang-undang yang relevan dalam menjaga hak ibu bapa berusia antaranya Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas (Swasta) 2018, Akta Pusat Jagaan 1993, Akta Pencen 1980 dan Akta Umur Persaraan Minimum 2012, namun tidak menyentuh isu pengabaian.

Justeru beliau berpandangan, Rang Undang-undang (RUU) Warga Emas yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat kelak perlu memperhalusi hak warga emas serta tanggungjawab pihak penjaga ekoran isu pengabaian tidak hanya melibatkan anak-anak dan waris tetapi pihak ketiga.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Beliau menegaskan, RUU berkenaan perlu menjelaskan skop tanggungjawab pihak terlibat serta takrifan kesalahan dan hukuman.

"Perlu wujudkan undang-undang baharu supaya lebih efektif dan terperinci. Jika guna akta sedia ada atau buat pindaan, akan lebih sukar (kerana) perkara yang dirujuk sudah lama, banyak yang lapuk.

"Kalau ada peluang buat penggubalan akta baharu, lebih baik kerana isu pengabaian ini melibatkan individu yang tidak ada kapasiti untuk melindungi diri sendiri.

"Jika ada undang-undang, akan jadi pencegahan tetapi malangnya masyarakat kita kalau tiada pelaksanaan atau penguatkuasaan, mereka tidak peduli, tetap perlu cari 'ubat' kepada masalah masyarakat," ujarnya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu