Sila log masuk terlebih dahulu.

'Kumpulan menteri ada kelebihan'

18 Mac 2023 07:15am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Calon Naib Presiden UMNO ‘kumpulan menteri’ dilihat mempunyai kelebihan dipilih perwakilan bagi mengisi jawatan ketiga tertinggi parti itu dalam pemilihan pada Sabtu.

Antara calon dijangka memberi saingan sengit bagi membarisi kepimpinan yang diterajui Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan itu adalah Datuk Seri Azalina Othman Said; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ketua Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, berdasarkan empat nama itu, Azalina yang ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan Mohamed Khaled, yang juga Menteri Pendidikan Tinggi paling cenderung akan dipilih.

MOHD YUSRI
MOHD YUSRI

“Menjadi kebiasaan bagi calon yang mempunyai jawatan khususnya menteri cenderung untuk memenangi pemilihan ini untuk memastikan parti memiliki pengaruh yang besar dalam kerajaan.

“Secara tidak langsung melancarkan lagi usaha membawa agenda UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

“Azalina ada kelebihan berbanding yang lain, pertamanya beliau satu-satunya calon wanita dan sekiranya undian oleh perwakilan wanita diberikan kepada beliau, peluang untuk menang besar lebih tinggi,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau mengulas kecenderungan perwakilan memilih Naib Presiden UMNO kali ini.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Akuinya, kekuatan yang ada pada Johari dan juga Mahdzir juga tidak boleh dipandang ringan kerana kedua-dua ‘orang lama’ dalam UMNO itu mempunyai pengikutnya tersendiri.

Sementara itu, Profesor Sains Politik Universiti Putra Malaysia, Profesor Datuk Dr Jayum Jawan mempunyai pandangan sama.

JAYUM
JAYUM

Katanya, calon-calon yang membarisi jemaah menteri yang mewakili UMNO dalam kerajaan ketika ini pastinya cenderung dipilih oleh perwakilan nanti.

“Pertimbangan pengundi (perwakilan) harus kepada pemimpin yang ada idea, ada perancangan bagaimana mengangkat semula martabat UMNO sebagai parti ulung Melayu yang sudah berjasa dan mampu lagi berjasa kepada Melayu dan Malaysia,” katanya.

Katanya, menjadi harapan besar agar akar umbi melihat barisan baharu meneruskan kepimpinan parti untuk memperkukuhkan kembali UMNO.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu