Sila log masuk terlebih dahulu.

Apa jadi duit AS$10 juta?

25 Mac 2023 09:15am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

TERTARIK juga Awang ikuti perbahasan di Parlimen dua hari lepas tentang kes yang membabitkan mantan Ketua Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd.

Wakil dari Kepong, Lim Lip Eng bertanya apakah Datuk Rohana Rozhan sudah memulangkan wang tunai AS$10 juta (RM40 juta) seperti yang dipersetujuinya.

Tahun lalu, Rohana dilaporkan bersetuju untuk menyerahkan semula jumlah yang diberikan oleh mantan pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner kepadanya.

Leissner ialah saksi utama perbicaraan bekas rakan sekerjanya Roger Ng berhubung skandal 1MDB.

Awang terkejut juga dengan jawapan Tuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai hal itu. Katanya; “Jabatan Peguam Negara tiada pengetahuan berkenaan perkara itu”. Gitu pula!

Jikalau jabatan berkenaan tiada pengetahuan, siapa yang ada? Bank Negara? SPRM? Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)? PDRM?

Rakyat nak tahu apa perkembangan terbaru. Tentulah Azalina boleh dapatkan maklumat yang sebenar dari mana-mana pihak berwajib.

Tiba-tiba semalam ada pula laporan yang mengatakan Rohana dah pulangkan semuanya pada pihak yang berwajib, khabarnya tahun lepas lagi. Mana satu yang betul?

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Rakyat juga nak tahu apa jadinya pada individu-individu lain yang terkait dengan Jho Low. Nama-nama mereka telah pun disenaraikan oleh Leissner.

Takkan tinggal senarai sahaja?

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan