Sila log masuk terlebih dahulu.

Kepimpinan Abdullah Hammoud makin terserlah

Orang Islam pertama dilantik Datuk Bandar Dearborn di Michigan, AS mengorak langkah membina komuniti majmuk dan inklusif

15 Mei 2023 08:00am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

LANSING - Sejak kebelakangan ini ramai Muslim menduduki beberapa jawatan penting di Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada dasar kepelbagaian yang ingin dipatuhi oleh pentadbiran di negara Uncle Sam itu.

Antaranya pelantikan Abdullah Hammoud, pegawai Arab dan orang Islam pertama yang berkhidmat sebagai Datuk Bandar Dearborn di negeri Michigan.

Abdullah, 33, dilantik ke jawatan itu sejak 2 November 2021. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk Daerah Perwakilan ke-15 Michigan dari tahun 2017.

Pelantikannya juga menyaksikan Abdullah muncul sebagai Datuk Bandar kedua termuda dalam sejarah Dearborn selepas Michael A Guido iaitu anak imigran dari Itali melakukannya pada usia 32 tahun pada 1986.

Pemilihan Abdullah juga dianggap bersejarah kerana Dearborn adalah salah satu bandar yang memiliki populasi Muslim dan penduduk berasal dari Timur Tengah terbesar di AS.

ANAK PENDATANG

Abdullah merupakan anak kepada pasangan pendatang dari Lubnan yang berhijrah ke AS sekitar tahun 70 dan 80-an. Bapanya bekerja sebagai pemandu lori, manakala ibunya pula membuka perniagaan secara kecil-kecilan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Ibu bapa Abdullah amat mementingkan aspek pendidikan kerana ia adalah tiket yang mampu mengubah kehidupan Abdullah dan empat beradik lain, lebih-lebih lagi di AS yang sememangnya penuh mencabar bagi golongan pendatang.

Berkat usaha dan doa kedua ibu bapanya, Abdullah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi dari Universiti Michigan.

Di universiti sama, Abdullah turut memperolehi Ijazah Sarjana Kesihatan Awam dalam epidemiologi dan genetik serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

LAYANAN SAMA RATA

Suami kepada Dr Fatima Beydon ini menegaskan bahawa kunci kejayaan kepada mana-mana pemimpin adalah memastikan semua orang tanpa mengira latar belakang dilayan secara adil.

Untuk itu, beliau telah bekerjasama dengan kesatuan sekerja di Michigan untuk membenarkan pekerja Muslim menikmati cuti umum bergaji sempena Aidilfitri dan Aidiladha.

Langkah itu adalah yang pertama di Dearborn selaras dengan cuti bergaji sempena perayaan keagamaan yang sebelum ini diberikan kepada penganut Kristian dan Yahudi.

Dengan cara ini, Abdullah telah membuktikan komitmennya untuk melayan semua orang secara adil dan sama rata sekali gus mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan penjawat awam di Dearborn.

IMPAK KEPIMPINAN

Sebagai Datuk Bandar beragama Islam pertama di Dearborn, Abdullah cuba menonjolkan kepimpinan melalui teladan.

Buktinya, Abdullah menjadi inspirasi kepada ramai anak muda terutamanya mereka yang berasal dari komuniti terpinggir.

Beliau sering menyampaikan mesej bahawa dengan kerja keras, keazaman dan pemikiran yang betul seseorang itu boleh mencapai apa sahaja yang mereka fikirkan.

Sejak dilantik Datuk Bandar, Abdullah juga telah meninggalkan impak yang ketara di Dearborn dengan membina komuniti majmuk dan inklusif.

Usahanya dalam menangani keperluan tenaga kerja yang pelbagai serta mengalu-alukan pendatang dan pencari suaka telah mendapat pujian dan pengiktirafan.

Apa pun, Abdullah kekal berpijak di bumi nyata dan komited kepada visinya untuk Dearborn biar pun mengakui cabaran serta diskriminasi masih wujud di bandar berkenaan. - Agensi

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan