Sila log masuk terlebih dahulu.

Palestin memperingati ulang tahun ke-75 Hari Nakba

17 Mei 2023 08:45am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

RAMALLAH - Ribuan penduduk di Tebing Barat berhimpun pada Isnin sambil mengibarkan bendera Palestin sempena memperingati ulang tahun ke-75, Hari Nakba (malapetaka) yang membawa kepada penubuhan Israel.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 760,000 penduduk Palestin terpaksa melarikan diri atau diusir dari kampung halaman mereka pada tahun 1948.

Di Ramallah yang ditadbir Pihak Berkuasa Palestin (PA), peserta protes turut membawa plakad tertera ‘pulang’, selain membawa objek berbentuk kunci lama yang menjadi simbol untuk menuntut hak mereka kembali ke tanah air. Komuniti Arab-Israel turut menyertai demonstrasi tersebut.

“Salah satu kesilapan terbesar gerakan Zionis adalah kerana membiarkan antara 150,000 dan 160,000 penduduk Palestin terus tinggal di negara itu selepas Hari Nakba.

“Pada hari ini, jumlah kami sudah bertambah kepada hampir dua juta orang tetapi kami bukan hanya nombor, sebaliknya adalah bukti identiti yang cuba dihapuskan oleh Israel,” kata Mohammed Baraka.

Sementara itu, Nohad Wahdane berpendapat acara tahunan tersebut membolehkan generasi muda belajar tentang sejarah supaya ia tidak lapuk dek zaman.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Sambutan Hari Nakba tahun ini diadakan di tengah-tengah ketegangan Israel-Palestin yang sedang meningkat dan telah meragut lebih 170 nyawa sejak awal 2023.

Selain itu, sekurang-kurangnya 35 terkorban dalam insiden pertempuran rentas sempadan yang berlarutan selama lima hari di Genting Gaza, minggu lalu.

Israel ditubuhkan pada 14 Mei 1948 selepas PBB mengundi untuk membahagikan mandat Britain kepada negara Yahudi dan negara Arab pada November 1947.

Penubuhan negara itu telah menyebabkan kira-kira 5.9 juta pelarian Palestin terpaksa hidup dalam keadaan berpecah di Tebing Barat, Genting Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria.

Buat pertama kali dalam sejarah, PBB turut memperingati Hari Nakba di ibu pejabat agensi berkenaan di New York selepas sebuah resolusi diluluskan pada November lalu.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang memegang status pemerhati badan tersebut juga diberi peluang untuk berucap ketika sesi khas Jawatankuasa Pelaksanaan Hak-Hak Tidak Boleh Dipisahkan Penduduk Palestin.

“Kami menuntut Israel menghormati resolusi antarabangsa atau keanggotaan Israel digantung di PBB,” katanya merujuk kepada ratusan resolusi PBB yang dilihat sebagai jaminan kepada hak penduduk Palestin.

Beliau menegaskan, Nakba tidak bermula pada 1948 dan tidak pernah berakhir selepas tarikh tersebut.

“Rejim Tel Aviv menggunakan kuasa penjajah mereka untuk meneruskan penindasan ke atas penduduk Palestin dan berterusan menafikan hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air,” tegasnya.

Difahamkan, kira-kira dua juta penduduk atau lebih 20 peratus populasi di Tel Aviv merupakan penduduk Palestin dan keturunan mereka yang kekal di wilayah berkenaan selepas penubuhan negara Israel. - AFP

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan