Sila log masuk terlebih dahulu.

[EKSKLUSIF] Menjaga lautan kita, kawalan ke atas Laut China Selatan

26 Mei 2023 08:00am | Masa membaca: 4 minit
AFFENDI
AFFENDI
A
A
A

[EKSKLUSIF] LANGKAWI - Tiada siapa dapat menjangkakan perkara yang berlegar dalam fikiran Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang ketika diajukan soalan berhubung realiti sempadan maritim Malaysia.

Isu kritikal yang rumit dirangkumkan beliau dengan satu persoalan mudah, “jika berlaku sesuatu, adakah kita berada dalam kedudukan yang mana kita mampu mengawal keselamatan maritim negara?

”Sebagai sebuah negara maritim, Malaysia mempunyai kebergantungan terhadap kawasan di Laut China Selatan, namun kedaulatan dan kepentingan kawasan tersebut kini telah dituntut oleh negara China berdasarkan Nine Dash Line atau Sembilan Garis Putus yang menjadi asas tuntutan 90 peratus wilayah maritim.

Tuntutan bercanggah itu mempunyai implikasi ketara terhadap keselamatan maritim dan kepentingan ekonomi Malaysia kerana ia secara langsung bertindih dengan zon ekonomi eksklusif (ZEE) Malaysia seperti yang ditentukan oleh Artikel 57 Bahagian V Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-undang Laut.

“Keselamatan maritim di kawasan ini amat penting, lebih-lebih lagi Laut China Selatan menyumbang kira-kira 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Beliau percaya Malaysia akan menanggung beban akibat ketegangan wilayah tersebut memandangkan perkara itu adalah isu keselamatan dan ekonomi negara.

“Kuasa lain yang mempunyai kepentingan di rantau ini mula terlibat. Mereka menegaskan kehadiran mereka bagi mendapatkan kawalan ke atas kawasan tersebut. Dinamik tersebut akan merumitkan lagi keadaan,” jelasnya.

April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Malaysia bersedia untuk berunding dengan negara China berhubung tuntutan 3.5 juta kilometer persegi perairan Laut China Selatan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Tindakan tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan, namun terdapat golongan pengkritik menganggap kesediaan untuk melayan dakwaan China sama seperti memberi kepercayaan kepada kepentingan mereka di Laut China Selatan.

Pada bulan sama, kapal pengawal pantai China 165 meter Zhong Guo Hai Jing 5901 iaitu kapal terbesar di dunia dikesan berkeliaran kira-kira 60 batu nautika dari Bintulu dan menceroboh 200 batu nautika kawasan perairan ZEE.

“Akhirnya, matlamat kita adalah untuk mencapai kestabilan di rantau ini. Oleh itu, kita mesti fikirkan sama ada kita sedang maju ke arah hasil yang diinginkan,” katanya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan