Sila log masuk terlebih dahulu.

Poster boy dan PRN Selangor

27 Mei 2023 08:00am | Masa membaca: 4 minit

Momentum persediaan parti-parti politik untuk mendepani PRN Selangor 
kini semakin menarik apabila PN memutuskan untuk tidak menamakan 
mana-mana calon sebagai poster boy parti itu setakat ini.
Momentum persediaan parti-parti politik untuk mendepani PRN Selangor kini semakin menarik apabila PN memutuskan untuk tidak menamakan mana-mana calon sebagai poster boy parti itu setakat ini.
A
A
A

SEPANJANG minggu ini adalah berkenaan perbincangan mengenai siapa bakal poster boy Perikatan Nasional (PN) di Selangor ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah semakin mendekat.

Dalam isu tersebut, agak ironi apabila kenyataan bercanggah beberapa pemimpin PN tentang poster boy bukan sahaja di Selangor, malah di negeri-negeri lain jelas mengelirukan.

Di ruangan ini pada tahun lalu juga ada menyinggung berkenaan poster boy sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kalau boleh diimbas semula perkara-perkara yang disinggung ketika itu ialah peri pentingnya poster boy pada pilihan raya, kemampuannya untuk mempengaruhi keputusan sesuatu pilihan raya dan paling penting keberkesanannya sebagai ‘bakal perdana menteri’ bagi membawa kemenangan buat mana-mana parti.

Sifat poster boy itu mirip yang dikatakan oleh wartawan penyiaran Berita Canada (CBC), Leslie MacKinnon sebagai suatu nama yang popular tetapi penuh enigma (a household name but still an enigma).

Mengapa enigma? Kerana poster boy bukan sekadar terpampang di poster kempen tetapi mampu ‘menghipnotis’ pengundi untuk mengundi beliau dan parti yang diwakilinya.

Poster boy lazimnya menjual kualiti, karisma dan kebolehan individu tertentu yang secara umum serta tidak langsung dikaitkan dengan kredibiliti, agenda dan hala tuju parti yang diwakilinya selepas mendapat mandat memerintah.

Walaupun begitu, tidak ada angkubah dapat dikaitkan sebagai kualiti terpenting untuk menjadi poster boy yang ampuh.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Namun, secara umum kekuatan poster boy jelas bergantung kepada karisma dan ketokohan mereka secara individu, di samping jenama (branding) kuat yang dibawa parti diwakilinya kerana akhirnya poster boy atau tidak, keputusan pilihan raya akan diputuskan oleh suara majoriti rakyat di kotak undi kelak.

Lagipun siapa jadi poster boy atau tidak, sistem pilihan raya negeri tidak memungkinkan pengundi memilih tokoh tertentu menjadi menteri besar kerana akhirnya bakal menteri besar hanya akan dilantik mengikut kuasa dan budi bicara sultan seperti diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan masing-masing.

Hilang daya saing

Maka, dalam konteks Selangor, apabila poster boy bayangan merangkap Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi bayangan kemungkinan tidak bertanding pada PRN, ramai menjangkakan PN bakal kehilangan daya saingnya (competitive edge) memandangkan pengaruh beliau, selain kelebihannya yang mempunyai hubungan baik dengan pihak Istana.

Justeru, kalau pun faktor poster boy dalam konteks PRN dilihat secara bercampur baur, kehilangan Mohamed Azmin dalam aspek tersebut mungkin alasan utama mengapa PN bertegas tidak mahu menamakan calon poster boy mereka.

Pertama, siapa juga yang bakal mengganti mungkin sukar untuk mengisi kekosongan yang ada dan kedua, mengumumkan poster boy tidak semudah yang dijangkakan kerana faktor masa (timing), hasrat akar umbi serta naratif balas parti lawan perlu diambil kira sebaiknya.

Dengan demografi pengundi dan geografi pilihan raya Selangor yang berbeza, faktor poster boy mungkin tidak menjadi pertimbangan utama buat mana-mana parti bertanding.

Kelebihan buat PN jelas besar berbanding Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) di sini dalam aspek pembahagian kerusi dan calon.

Justeru, yang perlu ditumpukan ialah bagaimana PN membina momentum PRU15 dan meyakinkan pengundi di Selangor untuk mengundi mereka sebagai sebuah parti yang kuat, berbanding siapa poster boy atau calon menteri besar PN.

Mengambil kira kekuatan baharu yang wujud dengan penggabungan PH-BN menuju PRN, PN dijangka masih sukar untuk menguasai Selangor.

Maka, isu poster boy mungkin perkara tidak sepatutnya difikirkan oleh pakatan tersebut ketika PRN semakin hampir dalam konteks saingan yang masih terbuka dan seimbang.

* Mujibu Abd Muis ialah Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan