Sila log masuk terlebih dahulu.

[EKSKLUSIF] Nak khianat, bayar RM100 juta
Artikel percuma

24 Jun 2023 07:30am | Masa membaca: 4 minit
Datuk Seri Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan
A
A
A

[EKSKLUSIF] SHAH ALAM - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang bercadang untuk berpaling tadah meninggalkan parti mungkin terpaksa berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian.

Ini kerana, BN sudah mengambil serius dengan mengikat kesetiaan kesemua calon pilihan raya koalisi itu yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan, setiap ahli parti BN termasuk UMNO telah diminta menandatangani satu dokumen aku janji disediakan mengikut lunas perundangan (legally binding document) oleh peguam-peguam BN sebelum menerima surat watikah pelantikan calon.

Bahkan, bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata, kesemua calon pilihan raya yang bersetuju menerima watikah tersebut secara sedar dan rela hati sedia disaman sebanyak RM100 juta sekiranya melanggar inti pati perjanjian.

“Antara inti pati dalam dokumen itu ialah jika mereka keluar parti atau tidak lagi bersama UMNO atau BN, calon tersebut perlu mengosongkan kerusi disandang. Itu selaras dengan peruntukan Akta Anti Lompat Parti diluluskan Parlimen.

“Kedua ialah segala kos, penggunaan logo BN dan jentera pilihan raya, belanja kempen dan sebagainya yang dianggarkan bernilai RM100 juta, perlu dipulangkan kepada BN. Syarat inti pati ini terpakai kepada mana-mana ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menang pilihan raya lalu.

“Itu sebab saya yakin Kerajaan Perpaduan akan terus stabil. Ini disebabkan syarat BN lebih tegas berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan kepercayaan tidak akan ada ahli Parlimen BN yang sanggup bayar denda sehingga RM100 juta bagi tujuan khianat parti,” katanya kepada Sinar Premium pada Jumaat.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Datuk Seri Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan

Ahli Parlimen Pontian itu berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat yang membenarkan PKR menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin berhubung isu pelanggaran syarat bon ditandatangani pada tahun 2018.

Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan I berkata, punca utama dokumen aku janji pelantikan calon BN dibuat disebabkan 16 ahli Parlimen UMNO bertindak keluar parti bagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Warisan (Warisan) selepas PRU14.

Malah, katanya, dokumen aku janji yang disediakan peguam sudah dimulakan dan ditandatangani calon-calon BN sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada tahun 2020, diikuti PRN Melaka dan Johor.

“Selepas perbincangan dengan pelbagai pihak, barulah pucuk kepimpinan BN dan UMNO bersetuju mewujudkan dokumen aku janji sebegini kerana ia tidak dikuatkuasakan pada PRU14,” jelasnya.

Tambah beliau, disebabkan itulah selepas PRN tiga negeri di Sabah, Melaka dan Johor sebelum PRU15, tiada seorang pun dalam kalangan wakil rakyat BN bertindak melompat parti.

“Sekarang ini, sudah ada Akta Anti Lompat Parti diluluskan Parlimen. Tetapi jika tiada tindakan dalaman daripada parti pun tidak cukup.

“Dokumen aku janji ini turut memainkan peranan penting menggagalkan sebarang usaha awal segelintir ahli Parlimen BN yang cuba menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan sebelum ini,” jelas beliau.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan