Sila log masuk terlebih dahulu.

PRN penentu survival PH-BN, Pas-Bersatu
Artikel percuma

18 Julai 2023 07:15am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos nanti bakal menjadi penentu survival kerjasama politik baik gabungan Kerajaan Perpaduan melibatkan Perikatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) mahupun Perikatan Nasional (PN) yang dikuatkan oleh gabungan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, sekiranya PN tewas di Kelantan, Terengganu dan Kedah atau koalisi BN-PH berjaya merapat jurang majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), maka tidak mustahil kerjasama antara Pas-Bersatu dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan goyang.

Mazlan berkata, jika sokongan terhadap PN merosot di tiga negeri dikuasai mereka itu, tidak mustahil juga bakal timbul desakan daripada kalangan pemimpin Pas sendiri supaya mereka menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi survival politik parti berkenaan.

Sebaliknya, jika PN meraih kemenangan besar di Kelantan, Kedah dan Terengganu manakala di Selangor mereka menang lebih 20 kerusi DUN, memperoleh lebih 10 kerusi di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, Mazlan berkata, ia akan memberikan impak besar kepada masa depan serta kerjasama PH-BN.

“Jika kekalahan besar berlaku terhadap parti pro-Kerajaan Perpaduan di Kelantan, Terengganu dan Kedah serta kemerosotan undi di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, ia bakal memberi petunjuk dan imej bahawa rakyat tidak memberi restu kepada kerjasama BN-PH,” katanya kepada Sinar Premium.

Mazlan menjelaskan, bagaimanapun jika BN-UMNO menang besar dan memperoleh lebih banyak kerusi dalam PRN enam negeri nanti, maka Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Zamidi bakal dianggap sebagai hero serta penyelamat parti kerana membuat keputusan tepat untuk bergabung dengan musuh tradisinya termasuk DAP dalam pembentukan kerajaan pada November lalu.

“Jika PN pula tewas dalam PRN nanti, tidak mustahil akan wujud desakan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya melepaskan jawatan selaku Presiden Bersatu dan Presiden Pas bagi memberi peluang kepada individu lain menerajui parti berkenaan,” jelasnya.

Sebab itulah Mazlan menyifatkan, PRN enam negeri berkenaan bukan hanya penting kepada BN-PH dan PN, malah menjadi nadi atau penentu ‘hidup mati’ kedua-dua koalisi berkenaan pada masa depan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Justeru katanya, PRN enam negeri nanti bakal menjadi pilihan raya paling sengit dalam sejarah dari kempen dan strategi bagi menarik pengundi sama ada menyokong koalisi BN-PH mahu pun PN.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan