Sila log masuk terlebih dahulu.

Tuduhan guna jentera kerajaan tak berasas
Artikel percuma

18 Julai 2023 08:25am | Masa membaca: 4 minit
Fahmi (kanan) bertukar pandangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin (kiri) dan Ketua Pengarang Kumpulan, Zamri Rambli (dua dari kanan) ketika melawat Editorial Sinar Harian di Karangkraf pada Isnin.
Fahmi (kanan) bertukar pandangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin (kiri) dan Ketua Pengarang Kumpulan, Zamri Rambli (dua dari kanan) ketika melawat Editorial Sinar Harian di Karangkraf pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Dakwaan mengatakan Kerajaan Perpaduan menyalahgunakan penjawat awam bagi membantu kempen pilihan raya negeri (PRN) khususnya di negeri yang ditadbir pembangkang sama sekali tidak berasas.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana tempoh kempen di keenam-enam negeri yang terlibat dengan pilihan raya tersebut masih lagi belum bermula.

“Apa yang dimaksudkan tempoh kempen adalah bermula dari 29 Julai iaitu hari penamaan calon sehingga 12 Ogos, hari pengundian. (Dalam tempoh itu) tidak ada penyalahgunaan jentera kerajaan, tidak ada pengumuman projek mi segera dan sebagainya.

“(Tetapi) sekarang belum lagi masuk tempoh kempen dan apa yang dimaksudkan (dengan larangan tersebut) adalah jangan menyalahgunakan jentera kerajaan untuk tujuan kempen politik,” katanya ketika wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan wujud salah guna penjawat awam susulan banyak program kerajaan ketika ini diadakan di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

Fahmi yang dilantik sebagai jurucakap kerajaan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberi peringatan supaya penyalahgunaan jentera kerajaan tidak berlaku sepanjang tempoh kempen nanti.

Namun katanya, program kerajaan di peringkat persekutuan tetap berjalan seperti biasa memandangkan PRN hanya melibatkan Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Ingin juga saya tegaskan di sini jentera kerajaan masih bergerak dan berjalan kerana pilihan raya hanya melibatkan beberapa negeri, bukan pilihan raya umum (PRU). Namun apa yang perlu dipastikan program yang dibuat perlu dipastikan tidak disalah tafsir,” jelasnya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Sementara itu, ditanya mengenai langkah diambil Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi memastikan isu agama, raja dan kaum (3R) tidak dijadikan bahan kempen oleh mana-mana parti bertanding pada PRN kali ini, Fahmi menegaskan, kementeriannya akan mengadakan pertemuan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengukuhkan lagi unit 3R.

“Saya telah maklumkan kepada Ketua Setiausaha KKD untuk mengadakan pertemuan pada kadar segera dengan Ketua Polis Negara bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengukuhkan unit 3R bagi memantau dan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang memainkan isu ini.

“Kita tidak mahu hanya kerana hendak menang pilihan raya, kita kalah dalam aspek perpaduan hingga meruntuhkan negara kita,” tegasnya.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan