Sila log masuk terlebih dahulu.

Dr Mahathir masih berpengaruh - Penganalisis politik
Artikel percuma

24 Julai 2023 07:30am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Parti politik tidak boleh memandang rendah terhadap pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mendapatkan sokongan terutamanya orang Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan depan.

Penganalisis politik, Datuk M Periasamy berpandangan, meskipun usia Dr Mahathir hampir 100 tahun, aura beliau sebagai seorang tokoh politik veteran tanah air masih dianggap berbisa dan mampu mencetuskan gelombang.

“Boleh dilihat ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, pengaruh Tun Mahathir terhadap kalangan pengundi Melayu yang hampir 10 peratus menyebabkan PH (Pakatan Harapan) menang di kebanyakan kawasan Melayu. Kini beliau berjuang untuk memulihkan kuasa politik Melayu dalam negara.

"Perjuangan beliau sebagai Pengerusi POM (Proklamasi Orang Melayu) juga dilihat seiring dengan matlamat PN secara am dan Pas secara khususnya. Jadi sudah pasti akan tambah nilai kepada kekuatan PN pada PRN di enam negeri nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, media melaporkan, kehadiran Dr Mahathir menyampaikan ucapan buat kali pertama di pentas Pas pada program Munajat Rakyat Kelantan: Pakat Pertahan dan Amanat Pemimpin di Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat lalu, mendapat reaksi positif daripada rakyat negeri itu dan pemimpin Pas.

Mengenai ucapan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu di pentas Pas, Periasamy berpendapat, tindakan berkenaan secara tidak langsung membuka lembaran baharu hubungan politik Dr Mahathir dan parti berkenaan.

“Malah menziarahi kediaman keluarga Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz (bekas Menteri Besar Kelantan) dan diberi peluang berucap atas pentas politik Pas berjaya menawan minda dan hati warga Kelantan. Kesannya pasti diterjemah pada PRN nanti,” ujarnya.

Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid pula berbeza pandangan apabila menyifatkan kehadiran Dr Mahathir ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu tidak memberi nilai tambah kepada PN ekoran era kegemilangan politik tokoh itu sudah berakhir.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Ahmad Fauzi berkata, ia dibuktikan apabila gagasannya menerusi Gerakan Tanah Air (GTA) ditolak oleh rakyat Malaysia semasa PRU15 lalu, selain sokongan terhadap POM juga tidak menonjol.

“Soal Pas nak maafkan, boleh sahaja kerana memang maaf-memaafkan itu dianjurkan oleh Islam.

“Namun dalam keadaan sekarang, Tun M lebih memerlukan PN untuk kekal relevan dalam politik negara daripada PN memerlukan Tun M.

“PN telah buktikan dalam PRU15 bahawa ia mampu menjadi kuasa alternatif berteraskan politik Melayu-Muslim yang menawarkan satu bentuk pakatan berbeza daripada PH, malah didukung majoriti rakyat berketurunan bumiputera,” ujar beliau.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan