Sila log masuk terlebih dahulu.

Kemenangan PH-BN lebih utama
Artikel percuma

25 Julai 2023 08:30am | Masa membaca: 4 minit
Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM - Isu agihan kerusi tidak harus ditimbulkan kerana apa yang lebih utama ialah soal kemenangan koalisi Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos depan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, agihan kerusi juga telah dipersetujui pucuk pimpinan parti kerana jika tiada persetujuan, nama calon sudah tentu tidak boleh diumumkan.

“Bagi saya, isu (pertikaian) ini hanya beri sedikit cabaran (kepada Kerajaan Perpaduan) yang mana dalam masa sehari dua dah boleh selesai.

“Tapi saya harap apa yang dirunding itu dipersetujui bersama,” katanya.

DAP pada Sabtu mengakui sedikit terkilan dengan keputusan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua yang disandang parti itu kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk PRN ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada Isnin pula dilaporkan berkata, partinya mencadangkan Lau Weng San sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor sekiranya Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dipilih menjadi kerajaan negeri di Selangor.

Menurutnya, ia sebagai syarat yang dikemukakan DAP berikutan penyerahan kerusi DUN Dusun Tua kepada BN.

Ditanya sama ada UMNO terkilan dengan permintaan DAP, Ahmad menegaskan, apa yang lebih penting adalah jumlah kerusi untuk UMNO atau BN di Selangor dinaikkan kepada 12 kerusi berbanding lima kerusi yang disandang sebelum ini.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Yang penting bagi saya bukan timbulkan isu-isu seumpama ini, tapi kita kena menang kesemua 12 kerusi,” ujarnya.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan