Sila log masuk terlebih dahulu.

Tujuh ahli Parlimen intai peluang jadi ADUN
Artikel percuma

29 Julai 2023 08:21pm | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Tujuh ahli Parlimen termasuk dua menteri Kabinet dari Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara 570 calon mewakili pelbagai parti politik mahu pun Bebas yang bertanding merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), pada 12 Ogos ini.

Dua menteri berkenaan ialah Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, akan menentang Timbalan Ketua Pas Rembau, Rozmal Malakan bagi mempertahankan kerusi DUN Rantau yang disandangnya selama empat penggal.

Anthony pula bakal menghadapi pertandingan dua penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN), Rosmadi Arif bagi mempertahankan kerusi DUN Chennah yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Calon DUN Chennah dari DAP Anthony (kanan) bersama lawannya dari Perikatan Nasional (PN), Rosmadi Arif selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri di Pusat Penamaan Calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Hua Kuala Klawang, pada Sabtu. - Foto Bernama
Calon DUN Chennah dari DAP Anthony (kanan) bersama lawannya dari Perikatan Nasional (PN), Rosmadi Arif selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri di Pusat Penamaan Calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Hua Kuala Klawang, pada Sabtu. - Foto Bernama

Pada PRU14, Anthony yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang kerusi Chennah selepas memperoleh majoriti 1,155 undi menewaskan dua lagi calon lain termasuklah Seet Tee Gee (BN) dan Jamalus Mansor (Pas).

Ahli Parlimen Gombak merangkap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pula bakal menghadapi pertandingan tiga penjuru bersama, Muhammad Hanif Jamaluddin (PN-PAS) dan Suman Gopal, calon Bebas bagi mempertahankan kerusi Sungai Tua pada PRN kali ini.

Manakala, Ahli Parlimen Port Dickson merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (PH) pula berdepan saingan empat penjuru bersama calon PN, Ahmad Raihan Muhamad Hilal dan dua calon Bebas iaitu Bujang Abu serta Mohammed Hafiz Baharudin bagi mempertahankan kerusi Sikamat yang diwakilinya sejak 2008.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Ahli Parlimen Jelebu merangkap mantan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, pula menghadapi saingan satu lawan satu menentang calon PN, Amirudin Hassan bagi merebut kerusi DUN Pertang yang pernah disandangnya dari 2013 hingga 2018.



Pada PRU14, kerusi DUN Pertang dimenangi calon BN, Noor Azmi Yusof dengan majoriti 415 undi menewaskan calon PKR, Osman Dusa dan calon Pas, Hamran Abu Hasan.

Di Pulau Pinang, Ketua Menteri merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan, Chow Kon Yeaw menghadapi saingan dua penjuru menentang calon PN, H'ng Khoon Leng dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) untuk mempertahankan kerusi DUN Padang Kota yang disandangnya, sejak PRU 2008.

Mantan Menteri Kewangan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula bersaing dengan calon PN, Kong Cheng Ann (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) bagi mempertahankan kerusi Air Putih disandangnya sejak PRU 2008.

Turut mencuri tumpuan ialah tindakan PN meletakkan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Jamil Salleh, bertanding di kerusi DUN Dengkil bagi menentang tiga calon termasuklah Datuk Mohd Daud Leong Abdullah (Parti Utama Rakyat), Noorazli Said (BN), dan Darren Ong (Parti Sosialis Malaysia).

Dalam pada itu, mantan Timbalan Menteri di JPM, Datuk Ahmad Amzad Hashim pula terus menjadi 'ayam tambatan' Pas apabila beliau dipilih sekali lagi mewakili PN untuk menawan semula kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenanginya pada PRU15 lalu, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 12 Ogos ini.

Untuk rekod PRK Kuala Terengganu diadakan susulan, keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lalu, yang membatalkan kemenangan Ahmad Amzad setelah mendapati wujud unsur sogokan wang sewaktu tempoh kempen PRU15 lalu.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan