Sila log masuk terlebih dahulu.

[INFOGRAFIK] Orang muda semakin dipercayai
Artikel percuma

Seramai 17 calon berusia bawah 30 tahun diberi peluang bertanding dalam PRN enam negeri

03 Ogos 2023 10:29pm | Masa membaca: 4 minit
seramai 17 calon PRN bagi enam negeri berada di bawah julat usia 30 tahun dan ke bawah.
seramai 17 calon PRN bagi enam negeri berada di bawah julat usia 30 tahun dan ke bawah.
A
A
A
[INFOGRAFIK] Keterlibatan orang muda dalam pilihan raya nampaknya semakin menyerlah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018.

Terdapat beberapa individu yang mewakili golongan tersebut telah diberi kepercayaan oleh parti politik dianggotai untuk bertanding dalam pilihan raya berkenaan.

Mereka ialah Syed Saddiq Abdul Rahman, Prabakan dan Young Syefura Othman yang kini dilihat membawa suara rakyat ke Dewan rakyat.

Sususlan itu, penyertaan golongan berkenaan dilihat semakin bertambah ketika berlangsungnya pilihan raya negeri (PRN) di Johor dan Melaka beberapa tahun lalu.

Parti politik yang bertanding berlumba-lumba menamakan orang muda sebagai calon masing-masing bagi memenangi kerusi ditandingi dalam pilihan raya berkenaan.

Antara calon-calonnya ialah Farzana Hayani Mohd Nasir, Muhamad Danish Zainudin dan Prasanth Kumar Barakasam daripada Pakatan Harapan (PH) dan Danesh Basil, Fong Khai Ling serta Muhammad Faris Izwan Mazlan (Perikatan Nasional-PN).

Turut menyertai senarai calon daripada golongan tersebut ialah Muhammad Fikri Musa, Amira Aisya Abd Aziz dan Rashid Abu Bakar (Muda) serta Leong Hui Ying dan Kelly Chye Pei Yee (Barisan Nasional - BN).

Tindakan parti-parti tersebut yang sanggup memperjudikan kerusi dipertandingkan itu dilihat sejajar dengan saranan Persatuan Pengundi Muda (Undi18).

Persatuan tersebut dalam satu kenyataan sebelum PRN johor pada 2022 menyatakan, pihaknya mahu parti politik meletakkan lebih ramai calon muda dalam pilihan raya.
Disyorkan artikel berkaitan ini:


Penyertaan golongan muda penting dalam penggubalan dasar kerajaan negeri memandangkan golongan itu memegang peratusan besar sebagai pengundi dalam pilihan raya, kata persatuan itu lagi.

Pada 2019, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) diluluskan agar umur mengundi dan kelayakan menjadi wakil rakyat di Malaysia diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun.

Pindaan tersebut telah memperoleh sokongan 211 daripada 222 Ahli Parlimen selepas dua kali undian dilakukan.

Penurunan umur itu juga membolehkan pendaftaran secara automatik sebagai pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibuat sebaik sahaja seseorang warganegara itu mencapai usia 18 tahun.



Hari ini, parti politik sekali lagi meneruskan tradisi memberikan peluang kepada orang muda yang menganggotai parti untuk bertanding dalam PRN bagi enam negeri pada 12 Ogos 2023 nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan seramai 99 calon daripada 570 calon yang bertanding adalah golongan muda.

Daripada jumlah tersebut, 17 daripada calon orang muda itu berada dalam kategori julat usia 30 tahun dan ke bawah.

Perkara tersebut merupakan satu perkembangan baik buat landskap politik negara yang sebelum ini didominasi oleh golongan senior atau berusia.

Ini kerana ia secara tidak langsung telah memberi peluang kepada golongan berkenaan terlibat sama dalam pembuatan polisi negeri mahupun negara jika mereka menang

Di samping itu, mereka juga boleh boleh menjadi suara pengundi muda berusia antara 18 hingga 39 tahun yang dianggarkan berjumlah 5 juta orang bagi PRN enam negeri nanti.

Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berpendapat, calon muda perlu diperbanyakkan kerana ia selaras dengan perubahan segmen masyarakat.

Malah, trend di beberapa negara maju juga menunjukkan kebanyakan pemimpin muda mula mendapat tempat di peringkat yang lebih tinggi, sesuai dengan dinamika dan kompleksiti masyarakat yang banyak berubah, tambahnya.

Berikut adalah antara senarai calon PRN berusia bawah 30 yang bertanding dalam PRN bagi enam negeri nanti.



Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan