Sila log masuk terlebih dahulu.

Rakyat 6 negeri puas hati?
Artikel percuma

11 Ogos 2023 07:00am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Majoriti pengundi di enam negeri berpuas hati dengan prestasi pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) setakat ini.

Kajian lapangan oleh firma penyelidikan politik, Ilham Centre mendapati, sejumlah 82.2 peratus responden berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Amirudin Shari.

Pengarah Eksekutif IIham Centre, Hisommudin Bakar berkata, kajian itu juga menunjukkan sejumlah 81.3 peratus responden di Pulau Pinang dan 75.4 peratus responden di Negeri Sembilan, selesa dengan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri tersebut.

Hisommudin berkata, secara purata kadar kepuasan responden terhadap kerajaan negeri pimpinan PN iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan di bawah paras 70 peratus.

“Sebagai contoh di Terengganu, kadar kepuasan responden terhadap prestasi kerajaan negeri di paras 69.2 peratus, diikuti Kedah (68.9 peratus) dan terakhir Kelantan (61.5 peratus),” katanya pada Khamis.

Fakta itu diperoleh menerusi hasil kaji selidik bertajuk ‘Tahap Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan dan Dasar Malaysia Madani: Tumpuan Di Enam Negeri Menjelang Pilihan Raya Umum Negeri ke-15’.

Hisommudin berkata, kajian itu juga memberikan gambaran bahawa pentadbiran menteri besar atau ketua menteri di negeri PH diterima baik menerusi dasar yang dilaksanakan dalam tempoh sepenggal lalu.

“Pulau Pinang menerima kadar kepuasan hati yang tinggi dalam kalangan penduduk negeri itu.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Pengurusan melibatkan soal kebajikan, usaha membangunkan ekonomi, bekalan air bersih, pengurusan tanah dan perihal tadbir urus am, mendapat 78 peratus dan ke atas kadar penerimaan rakyat.

“Sebagai perbandingan, responden di Kelantan pula sekadar memberikan peratusan tidak lebih 60 peratus, dalam soal yang melibatkan tanggungjawab kerajaan negeri,” katanya.

Hisommudin berkata lagi, kajian berdasarkan penilaian oleh responden terhadap prestasi, kerajaan PH mendahului dan lebih baik secara keseluruhan berbanding negeri Pas-PN.

Dalam pada itu, Hisommudin menjelaskan, pencapaian Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow adalah paling tinggi tahap kepuasan hati diikuti oleh Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Dalam konteks keseluruhan, tahap kecekapan pengurusan dan mentadbir, negeri PH menerima dukungan daripada rakyat.

“Manakala, negeri ditadbir Pas mengakui bahawa wujud faktor kekurangan dalam melaksanakan pembangunan dan menjaga keperluan rakyat.

“Oleh yang demikian, sentimen jalur kepartian mengatasi segalanya bakal teruji dalam PRN kali ini,” katanya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan