Sila log masuk terlebih dahulu.

Rina, Mahdzir antara bekas menteri tewas PRN
Artikel percuma

13 Ogos 2023 04:24pm | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, menepati ramalan awal apabila masing-masing berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dan Chennah yang disandang mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berjaya mempertahankan kerusi DUN Rantau yang disandangnya sejak 2004 selepas menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Rozmal Malakan dengan majoriti besar lebih 10,000 undi.

Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh 16,957 undi manakala Rozmal yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, pula mendapat 6,677 undi.

Dalam pada itu, Loke yang juga Setiausaha Agung DAP menang kerusi DUN Chennah selepas memperoleh 5,888 undi bagi menewaskan calon PN, Rosmadi Arif (3,688 undian) atau majoriti 2,200 undi.

Turut berjaya mempertahankan kerusi yang disandang ialah bekas Menteri Kewangan merangkap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, yang menang besar di DUN Air Putih selepas menewaskan dua calon lain dengan majoriti 7,923 undi.

Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, menang kerusi DUN Air Putih disandangnya selepas menewaskan calon PN, Ivan Kong dan wakil Parti Rakyat Malaysia (PRM), Teh Yee Cheu.

Mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, pula mencipta kejutan selepas menewaskan penyandang kerusi DUN Bertam dari PN, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dengan majoriti, 2,321 undi.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu meraih kemenangan selepas mendapat 10,453 undi manakala, Khaliq Mehtab pula memperoleh 8,132 undi.

Pada PRU15 lalu, Reezal Merican yang juga penyandang kerusi Parlimen Kepala Batas tewas kepada calon PN, Dr Siti Mastura Muhammad dengan majoriti 2,867 undi dalam saingan empat penjuru.

Mantan Timbalan Menteri Wilayah merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias pula menepati ramalan awal apabila menang kerusi DUN Pertang selepas menewaskan calon PN, Amirudin Hassan dengan majoriti 2,790 undi.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, apabila gagal merampas kerusi DUN Pedu yang disandang oleh calon PN, Mohd Radzi Md Amin selepas tewas dengan majoriti 6,373 undi.

Mahdzir yang juga Ketua UMNO Kedah, kalah selepas hanya memperoleh 8,024 undian berbanding Mohd Radzi yang mendapat 14,397 undi.

Sebelum ini Mahdzir turut gagal mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap yang disandang oleh sejak 2013 selepas tewas kepada wakil PN, Nurul Amin Hamid dengan majoriti 10,959 undi, pada PRU15 lalu.

Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar pula terpaksa menanggung padah kerana tersilap langkah bertanding di luar kubu kuatnya di Parlimen Pokok Sena apabila tewas kepada legenda bola sepak Kedah, Muhamad Radhi Mat Din di DUN Alor Mengkudu pada PRN kali ini, dengan majoriti 10,104 undi.

Mahfuz yang juga Pengerusi PH Kedah hanya memperoleh 8,832 undi berbanding Radhi,18,936 undi daripada 38,193 pengundi berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di DUN Alor Mengkudu.

Mantan Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari pula gagal menewaskan penyandang kerusi DUN Ajil, Maliaman Kassim dari Pas selepas hanya memperoleh 6,104 undi berbanding lawannya, 12,362 undi.

Dua bekas Menteri di zaman PN menjadi kerajaan di Putrajaya iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Rina Harun pula mengalami nasib berbeza dalam percubaan mereka membuat 'come back' dalam arena politik selepas tewas pada PRU15 lalu.

Mohamed Azmin yang juga mantan Menteri Besar Selangor berjaya menewaskan calon PH, Juwairiya Zulkifli selepas mendapat 25,597 undi menewaskan bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Melawati yang mendapat 23,980 undian.

Pada PRU15 lalu, Mohamed Azmin gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak yang disandang sejak 2004 apabila kecundang di tangan anak didiknya dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Manakala, Rina sebagai Ketua Srikandi Wanita Bersatu gagal membuat 'come back' selepas kalah kepada calon PH, Danial Al Rashid dengan majoriti, 3,382 undi dalam pertembungan tiga penjuru.

Rina yang tewas di Parlimen Sepang pada PRU15 lalu, memperoleh 25,682 undi berbanding Danial, manakala calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mendapat 1,908 undi.

Bekas Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith pula kalah kepada isteri bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid di DUN Juasseh dengan majoriti tipis, 78 undi.

Eddin Syazlee tewas selepas memperoleh 4,471 undi manakala Bibi Sharliza mendapat 4,549 undi dalam persaingan sengit dua penjuru.

Sementara itu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim pula berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya sebelum ini dengan menewaskan wakil PH, Azan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak bersama PRK,

Pada PRU15, Ahmad Amzad menang dengan majoriti 40,907 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zubir (22,109 undi), calon Pejuang Mohamad Abu Bakar Muda (481 undi) dan calon Pakatan Harapan (PH), Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (10,946 undi).

Bagaimanapun, 3 Januari lalu, UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan itu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, selepas mendakwa Pas menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan diberikan kerajaan negeri.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan