Sila log masuk terlebih dahulu.

[INFOGRAFIK] Selain calon Muda, siapa lagi hilang wang deposit?
Artikel percuma

96 calon berputih mata, wang pertaruhan hangus

16 Ogos 2023 06:23pm | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

[INFOGRAFIK] Seramai 96 calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri tempoh hari disahkan hilang wang deposit.

Daripada jumlah tersebut, 39 daripadanya ialah calon Bebas manakala selebihnya calon Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Turut kehilangan wang pertaruhan ialah calon Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Utama Rakyat (PUR) dan Parti Barisan Penang (PFP).

Merujuk data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Muda ialah parti yang paling ramai calonnya hilang wang deposit.

Kesemua 19 calonnya yang bertanding di Selangor iaitu seramai 14 orang, Pulau Pinang (3), Negeri Sembilan (1) dan Terengganu (1) gagal menebus balik wang deposit mereka.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Parti kedua yang ramai calonnya hilang wang deposit ialah PN iaitu seramai 18 orang.

Mereka yang kehilangan wang deposit itu terdiri daripada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Islam Se-Malaysia (Pas)

Untuk rekod, undang-undang menetapkan setiap calon yang bertanding dalam PRN perlu mengemukakan wang deposit sebanyak RM5,000.

Jika wang deposit tidak dikemukakan, kertas penamaannya dianggap tidak lengkap dan Pegawai Pengurus berkuasa untuk menolak kertas penamaan.

Mereka yang gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi dikira akan kehilangan wang pertaruhan.

Sementara itu, PRM yang meletakkan 13 calon pada PRN lepas menjadi parti ketiga paling ramai calonnya hilang wang deposit.

Nasib mereka sama seperti Muda yang mana kesemua calonnya di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan berputih mata.

Lain-lain parti bertanding yang calonnya turut kehilangan wang pertaruhan ialah PSM dan PUR yang bertanding di Selangor serta PFP (Pulau Pinang).

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan