Sila log masuk terlebih dahulu.

Rakaman dashcam bantu siasatan
Artikel percuma

20 Ogos 2023 07:30am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak penyiasatan tragedi pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di sini, mungkin memerlukan rakaman kamera papan pemuka atau dashcam kenderaan yang melalui kawasan itu.

Penganalisis jenayah yang juga pakar kriminologi, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, sebarang bentuk rakaman meskipun dalam kualiti yang rendah dipercayai mampu menjadi bukti penting untuk dianalisis di makmal forensik.

Menurutnya, lokasi kejadian di kawasan laluan kenderaan menjadi faktor pentingnya visual rakaman itu diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Lokasi pesawat terhempas itu adalah laluan kenderaan keluar masuk kawasan perumahan. Rakaman dashcam sangat penting sebagai bahan bukti untuk tahu apa yang berlaku sebelum nahas.

“Rakaman dashcam itu dari pelbagai sudut, forensik boleh siasat bagaimana pesawat tersebut terhempas.

“Sekiranya video kabur (kualiti rendah), siasatan masih boleh dibuat oleh forensik dan pihak berkuasa perlu dibantu pakar-pakar penerbangan yang boleh menilai kejadian sebenar,” katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Pengangkutan (MOT) yang meminta orang awam atau mana-mana pihak mempunyai sebarang bentuk rakaman video atau gambar relevan, tampil mengemukakannya kepada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Shahul Hamid berkata, banyak kemungkinan boleh diandaikan dengan pelbagai bukti rakaman tidak kira sama ada menunjukkan pesawat sedang terbang, terjunam, terhempas, bahkan keadaan lokasi kejadian ketika nahas baru berlaku.

“Contohnya, mungkin ada yang nampak asap menunjukkan kerosakan sudah berlaku ketika pesawat di udara.

“Orang ramai yang sedang ambil gambar atau video di lokasi kejadian ketika pesawat itu baru terhempas juga boleh serahkan bahan bukti,” katanya.

Ditanya sekiranya pemilik video memilih menyimpan rakaman itu, beliau berkata, tiada undang-undang spesifik membolehkan tindakan diambil.

Sejak Khamis, video nahas pesawat yang mengorbankan 10 nyawa itu tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai spekulasi warganet.

Rakaman daripada kamera papan pemuka menjadi antara video paling banyak dikongsi.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan