Sila log masuk terlebih dahulu.

Tema berbeza langkah tidak munasabah
Artikel percuma

Hari Kebangsaan sepatutnya disambut dengan perpaduan

21 Ogos 2023 07:00am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Pelancaran logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza antara negeri dan Persekutuan tidak menepati matlamat hari bersejarah untuk menyemarakkan semangat kebangsaan, perpaduan dan patriotisme dalam kalangan rakyat.

Felow Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Jeniri Amir berkata, ia juga dianggap sumbang dan akan menyemarakkan sentimen kenegerian untuk memenuhi ideologi politik masing-masing.

“Saya fikir langkah ini tidak munasabah dilakukan. Kita sepatutnya berusaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan rakyat dan mengukuhkan integrasi nasional dalam kalangan negeri serta wilayah di Malaysia.

“Tentunya tindakan ini akan memberikan kesan dan implikasi negatif pada jangka panjang. Kita tak harus membenarkan mana-mana negeri di Malaysia untuk bertindak bertentangan dengan matlamat asal Hari Kebangsaan itu sendiri.

“Kalau tidak, kita akan menjadi negara yang berpecah-belah. Mereka perlu fikir banyak kali sebelum mengambil tindakan sedemikian. Kita sebenarnya menghantar mesej yang salah kepada rakyat, khususnya kepada golongan muda dan murid sekolah,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari yang melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan peringkat Pemuda PN di Ibu Pejabat Pas yang berkemungkinan digunakan di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Tema berbeza Hari Kebangsaan dipelopori Pakatan Rakyat bermula 2012 apabila empat negeri yang ditadbir PKR, DAP dan Pas mengelak penggunaan tema Kerajaan Persekutuan ‘55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati’.

Kelantan menggunakan tema Menerajui Perubahan, Kedah (Terus Berbakti), Selangor dan Pulau Pinang (Sebangsa, Senegara, Sejiwa).

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Sementara itu, Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib berkata, ada dua pandangan berbeza tentang isu berkenaan.

Kartini
Kartini

Jelasnya, ia juga sangat tertakluk pada kuasa takrifan dan tafsiran negara Persekutuan seperti Malaysia yang memberi adanya kuasa negeri untuk menentukan cara serta bagaimana perayaan disambut.

“Pandangan pertama, jika Malaysia akur pada hakikat meraikan perbezaan, maka jika ada negeri memilih untuk berbeza, seharusnya ia tidak boleh dihalang. Sama seperti di Semenanjung tidak menyambut Hari Gawai, cuti hanya di Sarawak walaupun secara umum rakyat maklum tentang sambutan ini.

“Pandangan kedua pula, oleh kerana ia adalah sambutan Hari Merdeka, kebersamaan itu amat dihargai. Maka, meraikan kemerdekaan dengan bersatu logo dan tema tidak harus dipolitikkan,” katanya.

Tema Hari Kebangsaan negeri dan Persekutuan dari 2000 hingga 2023

2000 hingga 2006 - Keranamu Malaysia

2007 - Malaysiaku Gemilang

2008 - Perpaduan Teras Kejayaan

2009 - 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

2010 - 1Malaysia: Menjana Transformasi

Pulau Pinang - Merdeka

2011 - 1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Pulau Pinang - Kerajaan Berjiwa Rakyat Memartabatkan Rakyat

2012 - 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati

Kelantan - Menerajui Perubahan

Kedah - Terus Berbakti

Pulau Pinang dan Selangor - Sebangsa, Senegara, Sejiwa

2013 - Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku

Pulau Pinang - Negaraku Selamat, Bersih, Hijau dan Sihat

2014 - Malaysia... Disini Lahirnya Sebuah Cinta

Pulau Pinang - Bersatu dan Maju

2015 hingga 2016 - Sehati Sejiwa

Pulau Pinang - Bersih, Cekap dan Amanah (ditarik semula pada 24 Ogos)

2017 - Negaraku Sehati Sejiwa

2018 - Sayangi Malaysiaku

2019 - Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih

2020 hingga 2021 - Malaysia Prihatin

2022 - Keluarga Malaysia, Teguh Bersama

Selangor - #KitaSelangor Teguh Bersama

2023 - Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan

ARTIKEL BERKAITAN: Tema Hari Kebangsaan berbeza bersifat politik - Adam Adli

Perlis cuma tolak logo, tiada masalah ikut tema Hari Kebangsaan

Siasat Ketua Pemuda PN lancar logo, tema Hari Kebangsaan berbeza - Amanah

Jangan politikkan tema, logo Hari Kebangsaan - Ahmad Zahid

Tema Hari Kebangsaan ajak rakyat kukuhkan perpaduan, bersatu hadapi cabaran

Hari Kebangsaan: Cadang guna tema, logo berbeza khianati prinsip federalisme

Hari Kebangsaan sambutan negara, tidak patut ada perbezaan - Fahmi

Guna logo, tema berbeza bawa perpecahan lebih besar - Ahmad Maslan

AMK gesa Pemuda PN batal hasrat guna logo, tema berbeza

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan