Sila log masuk terlebih dahulu.

Kluster lompat parti

21 Jun 2021 09:18am | Masa membaca: 4 minit
No Image Caption
A
A
A

Melompat demi kestabilan politik negara atau melompat demi kepentingan peribadi? Perkara tersebut berlanjutan menjadi persoalan dan pertikaian umum selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Apa pun jawapannya, tindakan seramai 39 ahli Parlimen dipilih rakyat keluar daripada parti yang memenangkan mereka itu dicatatkan sebagai paling ramai dalam sejarah politik negara sejak 60 tahun lalu.

Berdasarkan senarai kedudukan terkini ahli Parlimen Malaysia disediakan laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sinar Harian mengenal pasti jumlah ahli Parlimen yang melompat parti lebih 17.56 peratus daripada keseluruhan 222 ahli Parlimen.

Penentuan ahli-ahli Parlimen yang dianggap melompat parti pula adalah berdasarkan tiga kriteria iaitu wakil rakyat keluar parti untuk menyertai parti lain, keluar parti bagi menjadi ahli Parlimen bebas serta bertindak menyokong blok berlawanan sebelum dipecat parti sendiri.

Disyorkan artikel berkaitan ini:
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Belum dapat terjemah sokongan, penolakan rakyat
  2. Peranan pembangkang setia
  3. 'Ini baru amaran permulaan'
  4. Kebolehpindahan undi BN-PH, realiti politik atau fantasi PRU16?
  5. DUN Tioman nyaris tewas, refleksi kerjasama BN-PH penuh berliku