Sila log masuk terlebih dahulu.

Apa boleh buat dengan RM50 billion?

21 Jun 2021 09:41am | Masa membaca: 4 minit
NEGARA RUGI RM50 BILION AKIBAT RASUAH
NEGARA RUGI RM50 BILION AKIBAT RASUAH
A
A
A

Rasuah nampaknya semakin membarah di Malaysia. Namun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah berdiam diri mengekangnya.

Satu demi satu kes dibongkarkan oleh agensi berkenaan, sama ada kes kecil melibatkan orang awam ataupun kes berprofil tinggi melibatkan orang kenamaan.

Terbaru, SPRM telah melumpuhkan satu sindiket kartel projek bernilai RM3.8 bilion melibatkan 345 tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara.

Kejayaan SPRM itu sedikit sebanyak berjaya menyelamatkan wang negara daripada diseleweng oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan kajian Transparency International Malaysia, rasuah telah menelan belanja antara empat peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dengan anggaran kerugian RM40 hingga RM50 bilion.

Jumlah tersebut jika diselamatkan dapat membantu negara mensejahterakan kehidupan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan.

Jadi, apa agaknya boleh dilakukan dengan nilai RM50 bilion jika semua pihak memainkan peranan menolak rasuah secara habis-habisan?

Disyorkan artikel berkaitan ini:
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Yunnan dipenuhi gunung-ganang
  2. PRU15: Satu catatan bersejarah
  3. Kerajaan perpaduan nasional
  4. Halimah, Muslim ke-33 paling berpengaruh di dunia
  5. 'Anwar effect' ke atas ekonomi negara