Sila log masuk terlebih dahulu.

Aligator buta jadi popular di media sosial

14 Jun 2020 06:50am | Masa membaca: 4 minit
Gambar menunjukkan seorang wanita bersama Sweetie yang buta dan memakai sehelai baju di kedai Florida Key Lime Pie, Florida baru-baru ini. - Foto Facebook
Gambar menunjukkan seorang wanita bersama Sweetie yang buta dan memakai sehelai baju di kedai Florida Key Lime Pie, Florida baru-baru ini. - Foto Facebook
A
A
A

BREVARD COUNTY - Sweetie ialah seekor aligator betina yang dipercayai paling popular di dunia selepas haiwan itu menjadi viral di media sosial sejak Selasa lalu.

Menurut portal berita Click Orlando pada 10 Jun lalu, aligator itu yang berusia enam tahun dan buta didapati memakai baju-T yang dibawa seperti seorang bayi.

Portal berita Phonex Florida melaporkan, seorang lelaki yang memakai topi, baju-T dan seluar kargo mendukung haiwan itu dari kawasan tepi pejalan kaki memasuki kedai Florida Key Lime Pie Store, Pantai Cocoa, Florida.

Kejadian itu dirakamkan menerusi video dan mengejutkan orang ramai yang menonton laman sosial Facebook, Tik Tok dan Twitter tentang haiwan tersebut.

Bagaimanapun, tarikh sebenar aligator itu dibawa masuk ke kedai tersebut tidak didedahkan.

'Selamat datang ke Florida' dan 'Saya menyayangi Pantai Cocoa' serta 'Hanya di Florida' merupakan antara keterangan gambar dalam rakaman video media sosial itu.

Kisah Sweetie si aligator buta menjadi viral sejak awal minggu lalu.
Kisah Sweetie si aligator buta menjadi viral sejak awal minggu lalu.

Louie Morehead yang merupakan pemilik Florida Key Lime Co., berkata, dia mengambil aligator itu untuk dijaga sebagai cara untuk menyelamatkannya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Sweetie yang sepanjang 1.82 meter sebelum ini dipulihara oleh sebuah taman hidupan liar sebelum dijaga oleh Morehead.

Kata Morehead, tanpa penglihatan mata, haiwan itu tidak pernah merasai kehidupan secara liar.

Portal berita Click Orlando berkata, semasa haiwan ini kecil, ia mengalami kecederaan dan agensi Hidupan Liar dan Ikan Florida pula menemuinya.

Aligator ialah haiwan reptilia mirip buaya yang terdapat di Florida. - Agensi

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Lebih mudah berambut pendek
  2. Peguam enggan berhujah, Najib mungkin dijatuhi hukuman Selasa?
  3. Tembelang Presiden Ukraine terbongkar
  4. Fahami perubahan budaya politik
  5. Bercerita tentang adil